selena gomez revival di malaysia pembina

Isu konsert SELENA GOMEZ ke Malaysia tidak boleh di pandang enteng

Isu konsert SELENA GOMEZ ke Malaysia tidak boleh di pandang enteng. Satu persoalan saya ingin melontarkan untuk sama-sama kita fikirkan.

Mengapa konsert ini diizinkan diadakan secara besar-besaran sedangkan konsert penyebar dakwah terkemuka DR ZAKIR NAIK yang hendak dijalankan di UTeM dihalang atas alasan menghormati kebebasan beragama di Malaysia? Sedangkan Selena Gomez lagilah tidak membawa apa-apa kebaikan dan dia bukanlah model terbaik bagi umat Islam. Dan sepatutnya konsert tersebut juga perlu dihalang kerana majoriti rakyat di Malaysia beragama Islam.

Hadirin yang dihormati.

Sebahagian feminist Islam menyokong konsert tersebut. Malah, terdapat rakyat malaysia sendiri yang beragama Islam menyokong konsert tersebut atas alasan ia sekadar konsert untuk peminat bertemu artis kesukaan mereka dan ‘freedom of choice’. Perkara ini dapat dibuktikan melalui satu artikel yang berunsur perlian kepada kita yang cuba menghalang konser tersebut iaitu ‘It is safe to assume that PAS youth does not love Selena Gomez ‘like a love song’. (Dipetik dari freemalaysiatoday.com)

Konsert Selena Gomez membawa seribu satu keburukan yang nyata. Lihat pada poster promosi konsert yang mengadungi unsur seksi pun kita dah tahu motif konsert tersebut. Baru poster belum semasa konsert tu diadakan!

Wahai belia pemangkin Ummah,
Kita diberikan akal fikiran oleh Allah SWT untuk berfikir mana yang betul dan salah, dosa dan pahala, lagha dan faedah. Allah tidak melarang kita untuk berhibur dan ‘have fun’, tapi pastikan hiburan kita itu meletakkan pada tempatnya.

Saya menyeru kepada generasi belia agar bersama-sama membantah segala serangan hedonisme yang cuba merosakan akhlak dan peribadi umat Islam. Ayuh bersama kami membantah konsert Selena Gomez!

Seruan kepada kita belia Islam pewaris bangsa.
Semboyan ke medan kebenaran sudah berbunyi.
Mari kita susun barisan panjang melawan hawa nafsu dan pemikiran songsang agar Islam kembali gemilang.

Mohd Noor Hafifi Hassan
Biro Tarbiah PEMBINA UniKL MIMET
MENERAJU ARUS MAHASISWA

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top