Hebahan Pertandingan Untuk Semua Belia

 

Menurut perangkaan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), sebanyak 17,303 kes anak luar nikah di kalangan Melayu-Islam didaftarkan pada tahun 2009, berbanding tahun sebelumnya iaitu 16,541 kes dan 16,100 pada tahun 2007. Statistik juga menunjukkan kebanyakan suspek yang terlibat tergolong dalam kumpulan yang berusia antara 18-25 tahun. Bayi-bayi yang tidak berdosa ini pula ada yang kemudiannya menerima nasib malang; dibuang di tepi jalan, di dalam tong sampah, di tepi sungai, di dalam tandas dan di tempat-tempat lain.

Kempen ‘Kami Prihatin’ yang dilancarkan oleh pihak Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat  Malaysia baru-baru ini dilihat sebagai suatu langkah yang baik bagi meraih perhatian para muda-mudi supaya lebih berhati-hati dalam tindakan dan bersifat belas kepada bayi tidak berdosa yang dilahirkan.

Justeru, atas kesedaran yang tinggi, Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA) Johor menyambut baik pelancaran kempen dengan menganjurkan Pertandingan Penulisan Sajak, Cerpen dan Melengkapkan Slogan 2010 bertemakan ‘Prihatin, Kasih-Sayang dan Perikemanusiaan’ sebagai inisiatif buat para belia dan beliawanis seluruh Malaysia mengekspresikan idea dan perasaan mereka berkenaan isu ini.

Syarat penyertaan bagi setiap kategori pertandingan adalah seperti berikut:

 

SYARAT PENYERTAAN

1-   Warganegara Malaysia dan berumur antara17-40 tahun.

2-  Karya yang dihantar mestilah asli dan bertepatan dengan tema yang ditetapkan oleh pihak penganjur serta tidak mengandungi unsur-unsur sensitif.

3-    Bilangan penyertaan adalah tidak terhad.

4-    Karya boleh dihantar secara Online melalui Email : penulisan2010@gmail.com

5-   Karya harus dilengkapi maklumat peribadi seperti Nama, Nombor Telefon, Nama IPT/Sekolah, Alamat Rumah dan Alamat Email.

6-   Karya yang tidak mempunyai maklumat peribadi yang lengkap tidak akan diterima.

7-  Pemenang akan dihubungi oleh pihak penganjur untuk urusan penyampaian hadiah dan nama-nama pemenang juga akan diumumkan di dalam blog  : http://pembinajohordt.wordpress.com/

8-   Tarikh tutup penyertaan adalah pada 30 Jun 2010

9-   Setiap karya yang dihantar, berhak diguna, disiar atau dicetak oleh pihak PEMBINA di dalam apa-apa bentuk media tanpa perlu izin rasmi penulis. Namun hak cipta karya tetap di tangan penulis.

10-   Pihak pengelola (PEMBINA Johor) akan melantik panel penilai yang bebas bagi menentukan karya-karya yang sesuai untuk diangkat sebagai pemenang dan diberi hadiah. Segala keputusan panel penilai adalah muktamad.

11- Penyertaan juga dibuka kepada warganegara Malaysia yang sedang belajar atau bekerja di luar negara.

 

 

Penulisan Cerpen

1-      Cerpen yang dihantar perlu mempunyai tajuk.

2-      Panjang cerpen yang ditulis adalah antara 800-1500 patah perkataaan.

3-      Cerpen mestilah menggunakan Bahasa Melayu.

4-      Cerpen yang dihantar mestilah ditaip menggunakan Font Arial, 11 dengan spacing 1.5.

 

 

Penulisan Sajak

1-      Sajak yang dihantar perlu mempunyai tajuk.

2-      Sajak juga harus mempunyai penerangan ringkas bersamanya.

3-   Panjang sajak yang ditulis mestilah antara 20 -50 baris. Setiap baris mestilah tidak kurang daripada 3 patah perkataan. Bagaimanapun, pencipta bebas menentukan jumlah perkataan dalam satu baris tetapi baris yang kurang daripada 3 patah perkataan tidak dikira sebagai satu baris.

4-   Sajak mestilah menggunakan Bahasa Melayu.

5-   Sajak yang dihantar mestilah menggunakan Font Arial, 11 dengan spacing 1.5.

 

 

Melengkapkan Slogan

1-  Slogan yang dihantar mestilah tidak melebihi 20 patah perkataan. Peserta harus melengkapkan slogan berikut:

Kasih Sayang adalah…………………………………………………………………………….”

2-   Slogan yang dihantar mestilah ditaip menggunakan Font Arial, 11 dengan spacing 1.5.

 

 

 

 

 

HADIAH MENARIK UNTUK DIMENANGI:

Penulisan Cerpen (Pertama)                                  : Hadiah bernilai RM 150

Penulisan Cerpen (Kedua)                                      : Hadiah bernilai RM 100

Penulisan Cerpen (Ketiga)                                      : Hadiah bernilai RM 50

Penulisan Sajak (Pertama)                                      : Hadiah bernilai RM 150

Penulisan Sajak (Kedua)                                          : Hadiah bernilai RM 100

Penulisan Sajak (Ketiga)                                         : Hadiah bernilai RM 50

Melengkapkan Slogan (Hadiah Utama)            : Hadiah bernilai RM 50

Melengkapkan Slogan ( 5 Hadiah Saguhati)   : Hadiah bernilai RM 20

Sebarang pertanyaan atau kemusykilan, boleh berhubung terus dengan nombor dan emel seperti yang tertera di poster.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top