Hadiah Ramadhan

 
Ramadhan,
 
Kedatanganmu sangat dinantikan,
 
Merindukanmu menjadi satu kemestian,
 
Pemergianmu pasti diiringi tangisan,
 
Buat mereka yang beriman dengan tuhan,
 
Bertemu denganmu satu hadiah buat ummatan,
 
Mengenalimu satu kenangan yang teristimewa,
 
Beribadah di bulanmu ibarat mendapat permata,
 
Mencintaimu satu nikmat yang tiada hujungnya,
 
 
 
Ramadhan,
 
Bila mata tak pernah redup menatap keberkatan,
 
Bila telinga tak pernah bosan mendengar ganjaran,
 
Bila hati tidak pernah putus berdoa impian,
 
Bila jiwa tidak penat berhenti memacu amalan,
 
Itulah tanda jatuh cinta kepadamu Ya Ramadhan,
 
Bila cinta menjadi rindu, agar rindu berbuah amal,
 
Biar ramadhan sentiasa di ingati  dan membumu di hati,
 
 
 
Ramadhan,
 
Beruntung jiwa-jiwa yang berada di bulan ini,
 
merugi mereka yang tercicir mendapat nikmat hakiki,
 
Kerana ganjaran hanya untuk mereka yang setia menanti,
 
 
 
Dikala hati hitam menjadi sinar,
 
Dikala jiwa kusut menjadi tenang,
 
Di kala si bakhil menjadi si Pemurah,
 
Dikala pencinta dunia sujud dalam pengabdian cinta suci,
 
Tahulah itu tekad sang pejuang dalam meraih cinta ramdhan,
 
 
 
Harapan ramadhan merubah diri
 
Agar menjadi hamba yang di redhai
 
itulah hadiah ramadhan yang di nanti,
 
Walaupun bukan di dunia ini,
 
tapi pasti dapat di sana nanti,
 
Rebutlah hadiah yang tiada ganti,
 
kerana ia akan pergi,
 
Peluang kedua tiada pasti,
 
Adakah bakal menjadi tetamu lagi
 
 

Hasil nukilan,

Norhamimah Ibrahim

Naib Presiden 2

Persatuan Belia Islam Nasional

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top