PEMBINA Gombak Anjur Taklimat Biasiswa

GOMBAK, 27 Februari 2009 – Economic and Management Sciences Student Society (EMSS) dengan kerjasama Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA) telah menganjurkan program ‘Scholarship Briefing 2009’ bertempat di Moot Court, Ahmad Ibrahim Kuliah of Law, UIA. Program ini secara amnya bertujuan membuka peluang kepada pelajar UIA untuk mendapat akses kepada biasiswa yang disediakan di dalam negara. Program kali ini menampilkan 5 buah syarikat atau institusi yang menyediakan biasiswa iaitu: Bank Negara Malaysia (BNM), Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), Permodalan Nasional Berhad (PNB), Sime Darby (SD) dan PETRONAS. Daripada 5, hanya 2 syarikat/institusi yang hadir (BNM dan JPA) manakala yang baki dibentangkan oleh pelajar yang mendapat tajaan syarikat/institusi tersebut. Program ini turut dihadiri oleh wakil PEMBINA, saudari Siti Aishah Mohd Hatta yang telah menyampaikan cenderamata kepada wakil syarikat/institusi. Alhamdulillah, anggaran kehadiran mencapai 230 orang. PEMBINA sempat membuka booth untuk sukarelawan. Sebelum ini PEMBINA terlibat dalam menjaga booth pendaftaran program ini bermula  23-25 Februari 2009. Semoga ini menjadi satu batu loncatan kepada PEMBINA untuk terus berbakti kepada masyarat kampus UIA.

Pendaftaran peserta lelaki

Kata-kata aluan pengerusi majlis

Pembentangan wakil Sime Darby

Peserta khusyuk mendengar

Pembentangan wakil JPA

Wakil BNM melayan soalan peserta

Sesi pemberian cenderahati yang telah disampaikan oleh wakil PEMBINA,

Penglibatan peserta dalam sesi soal jawab

Para tetamu khas (wakil JPA, BNM dan PEMBINA) menikmati hidangan minum petang

Booth sukarelawan beliawanis PEMBINA

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top