Forum Baju Melayu Bertemu Baju Kurung : Sambutan Luar Biasa

Ipoh, 11 Februari – Forum Baju Melayu Bertemu Baju Kurung (BMBK) anjuran Student Support Services Department Universiti Teknologi Petronas dengan kerjasama PEMBINA Perak mendapat sambutan yang menggalakkan dengan kehadiran pelajar-pelajar IPT yang mencecah hampir 500 orang.

“Forum BMBK membawakan pendekatan tajuk yang begitu unik dalam menarik minat remaja untuk hadir ditambah dengan kupasan perbincangan yang bersesuaian menjadikan penganjuran pada kali ini mendapat sambutan yang luar biasa,” respon Pn Maznah Ramli, Kaunselor UTP ketika diwawancara oleh wartawan PEMBINA Perak.

Beliau juga mengalu-ngalukan cadangan daripada pelajar-pelajar untuk program anjuran Student Support Services Department Universiti Teknologi Petronas yang seterusnya dalam mencorak aktivisme mahasiswa.

Forum yang berobjektifkan perihal pergaulan di antara lelaki dan wanita telah diadakan di Seminar Room 6, Undercroft, UTP pada 11 Februari 2012 dengan kehadiran barisan ahli panel Ustaz Zamri Hashim, Timbalan Mufti Perak dan Ustazah Norakhilah Baharin, Ketua Wanita ISMA, Perak.

 

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top