Filem berunsur negatif akan meningkat

Oleh : ZULAIKHA ZULKIFLI

Tarikh : December 23, 2011

 

SHAH ALAM (Sinar Harian) – Tindakan Lembaga Penapis Filem (LPF) yang tidak menapis filem sebelum ditayangkan mulai tahun depan menimbulkan kerisauan pelbagai pihak. 
 
 Setiausaha Agung Persatuan Beliau Islam Nasional (Pembina), Salman Abdul Rahman berkata, lambakan filem unsur negatif akan semakin meningkat jika penapisan filem tidak dilakukan. 
 
“Saya tidak bersetuju bahkan saya melihat keadaan industri perfileman di negara semakin banyak filem dengan unsur negatif, apatah lagi jika tiada (penapisan filem),” katanya. 
 
Beliau memberikan contoh industri filem Barat yang sarat dengan kandungan filem tidak terkawal dan merosakkan akhlak. 
 
Salman berkata, jika menapis sesebuah filem akan membunuh kreativiti pengkarya, ia bukanlah alasan yang munasabah. 
 
“Adakah dengan membunuh nilai-nilai Islam, moral, dan ketimuran akan dikatakan sebagai kreatif walhal kreativiti terletak pada teknik penyampaian, bukan pada nilai,” katanya.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top