Facebook kecam kempen PEMBINA tolak LGBT

LGBT pembina

BANGI, 11 Sept – Laman Facebook rasmi Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA) menerima notifikasi dari pihak laman sosial Facebook untuk membatalkan mesej mengenai Belia Tolak Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender (LGBT).

Notifikasi yang diterima kira-kira jam 9. 45 pagi semalam, bakal memberi kesan buruk kepada page PEMBINA kerana pihak Facebook akan melupuskan laman Facebook rasmi tersebut sekiranya tidak mengikut arahan mereka.

 “Facebook memberi satu amaran keras pada saya untuk membatalkan post mengenai #BeliaTolakLGBT. Sekiranya saya tidak  remove post tersebut, maka facebook PEMBINA yang kami kelolakan akan dimatikan serta merta,” ujar Jawatankuasa Media PEMBINA, Aizat Farhan Rohizat.

Menurutnya yang mewakili PEMBINA, dia tidak ada pilihan lain selain menurut arahan pihak Facebook.

Menurut Aizat, mesej berkenaan tiada unsur mencaci pada pro-LGBT melainkan menyatakan pendapat seperti yang dianjurkan oleh Islam untuk menolak amalan LGBT.

“Kami juga menegaskan pada umat Islam supaya tidak terikut trend menukar gambar profil pelangi yang menandakan sokongan terhadap LGBT,” katanya.

Aizat juga berpendapat keadaan ini berlaku disebabkan juga pihak Facebook yang menyokong amalan LGBT.

“Pihak pro- LGBT berhak untuk tidak bersetuju dengan kami namun untuk menutup mulut kami supaya tidak terus menyuarakan suara kami terhadap LGBT merupakan tindakan yang mengecewakan buat pihak Facebook,” ujarnya.

Pada masa yang sama, Aizat Farhan menempelak tindakan pihak Facebook dan pro-LGBT yang serius memperjuang hak bersuara tetapi mereka bertindak sedemikian.

“Jika pihak Facebook atau pro-LBGT serius dalam memperjuangkan hak bersuara, maka jangan sekat suara kami.

“Bak kata mereka, kami juga manusia seperti anda. Kami ada hak sepertimana manusia lain juga,” katanya.

Nursabihah Mohtar

Wartawan PEMBINA

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top