Rentetan daripada penyiaran Drama Sahara di Astro Prima, drama ini jelas-jelas menunjukkan kesan pengaruh liberal yang telah menyerap masuk ke dalam industri perfileman di Malaysia.
Tidak keterlaluan untuk dikatakan bahawa drama Sahara adalah sebuah drama yang liberal kerana pensyariatan ajaran Islam yang ditonjolkan dalam drama hanya mengambilkira dari sudut pemakaian dan menonjolkan persekitaran di sekolah agama, tetapi tidak menonjolkan akhlak dan perilaku sebenar seseorang Muslim. Ajaran Islam bukanlah diambil dan diikuti pada bahagian-bahagian tertentu sahaja, lantas watak dan drama yang cuba memaparkan suasana Islamik adalah tidak berjaya kerana tidak mencerminkan akhlak dan perilaku sebenar seorang Muslim.
Saudari Hamimah, Ketua Beliawanis PEMBINA jelasnya kecewa, apabila drama ini telah mempersendakan akhlak seorang wanita Islam memakai niqob (purdah) dengan memperlihatkan akan watak tersebut melakukan perkara yang dilarang oleh Islam seperti berpegangan tangan dengan bukan mahram, berpelukan bahkan seorang lelaki berani melaung-laungkan kepadanya perkataan “ I love u”. Perbuatan ini seakan-akan menggambarkan imej berpakaian tudung bahkan berniqob (berpurdah) bebas untuk diperlakukan sebegitu namun hakikatnya syariat bertudung ini adalah salah satu cara Allah mengangkat martabat dan kemuliaan seorang wanita agar diri mereka terpelihara dan dihormati.
Bertepatanlah dengan firman Allah dalam surah (Annur ;31):
[colored_box color=”eg. blue, green, grey, red, yellow”]“Dan katakanlah kepada para perempuan yang beriman, agar mereka menundukkan pandangannya,.”[/colored_box]
Beliau berpendapat, seharusnya pihak bertangungjawab perlu menapis cerita–cerita yang akan ditayangkan di televisyen kerana impaknya akan mempengaruhi masyarakat. Perkara ini adalah sangat kritikal dan perlu diambilberat supaya kelak filem-filem yang akan dihasilkan mempunyai kualiti tinggi dan tiada unsur-unsur negatif kepada Islam. Adalah menjadi satu keperluan kepada pihak penerbit filem yang ingin menayangkan filem berunsur Islamik untuk meminta pandangan dari para asatizah dan ulama’ terlebih dahulu agar filem yang ingin dikeluarkan mengikut syariat yang betul.
Beliau juga mengulas akan peranan media pada hari ini sangat penting dalam memberi informasi secara langsung kepada masyarakat maka hendaklah pihak media memainkan peranan mereka agar menjadi medium untuk mendidik masyarakat ke arah hidup yang positif, lebih baik dan mengikut syariat.
Pesanan beliau buat para belia, agar mereka terus mendalami ilmu agama sebagai panduan hidup kerana anda adalah bakal menjadi pemimpin harapan masa hadapan.
Assalamualaikum wbt;
Anna ini bukanlah searif dan sealim mana untuk menilai namunnya apabila anna melihat gazette cerita ini.
Amat jelas sekali ia seperti cerita ‘Bolly’ … berpelukan di sebalik tiang pokok bercahaya neon (let’s recheck the photo above) dan berdansa manja di bonet kereta bertentangan mata berdakapan mesra.
“Dan katakanlah kepada para perempuan yang beriman, agar mereka menundukkan pandangannya,.”
Sedangkan semuanya sudah ditutupi termasuk ber’niqob’ namun ‘panahan mata’ yang paling menggoda iman.