CEMERLANG TARBIYAH SEIRING AKADEMIK

Port Dickson, 9 Oktober – Presiden Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA) Uniti membuktikan bahawa kecemerlangan akademik yang diperolehi tidak pernah dihalang oleh pengelibatannya dalam memimpin PEMBINA UNITI serta menyertai pelbagai program tarbiah sepanjang. pengajiannya.

 

Ammar Hamizan bin Muhammad Balyan, Presiden PEMBINA Uniti 2017 menerima Anugerah Presiden di Majlis Konvokesyen Kolej Uniti. Anugerah tersebut diberikan kepada pelajar yang memperoleh keputusan cemerlang dan pada masa yang sama aktif dalam kegiatan ko-kurikulum di kolej.

 

Beliau menamatkan pengajian dalam bidang Diploma Pengurusan Muamalat dengan Gred Purata Keseluruhan (GPK) 3.66. Sepanjang pengajian beliau di Uniti, beliau telah terlibat dalam pelbagai jenis aktiviti sukan, kepimpinan dan akademik. Ketika ditemuramah, Ammar menyatakan bahawa kesibukan sebagai pemimpin pelajar banyak mengajarnya untuk menghargai masa. “Mari sertai PEMBINA kerana PEMBINA mengajar untuk kita mengejar matlamat akhirat dan cemerlang di dunia,” katanya.

 

 

 

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top