Bersantai Bersama Pelajar Kolej Di Teluk Mak Nik

Kemaman, 24 Januari –  PEMBINA Terengganu telah mengadakan satu program rehlah bersama sekumpulan pelajar siswi di Kemaman, bertempat di Pantai Teluk Mak Nik  (a.k.a Monica Bay).

 

Program ini merupakan satu program susulan kepada pembabitan PEMBINA dengan belia/beliawanis kampus, terutamanya di daerah Kemaman. Kesemua siswi melahirkan rasa bersyukur kerana diberi peluang oleh Allah SWT utk bersama-sama menghayati dan beriltizam dengan ISLAM serta membangunkan potensi diri, keluarga, masyarakat, bangsa dan negara. Mereka  berazam untuk bersama-sama PEMBINA demi merealisasikan matlamat-matlamat tersebut.

Program ini juga diserikan lagi dengan kehadiran beberapa orang aktivis belia & masyarakat, bersama keluarga.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top