Dentuman guruh diluar mengejutkan Zinnirah dari lena. Zinnirah meihat jam pada telefonnya. 4.53 minit pagi.
“Asmaa’, Asmaa’ jom bangun sahur.”
Asmaa’ membuka matanya. Sakit kepalanya tidak tertangggung lagi.
“Irah, aku tak larat nak bangun, kepala kau sakit sangat. Tolong ambilkan aku kurma boleh?” pinta Asmaa’ lemah.
“Asmaa’ kita pergi klinik ya? Aku risau.”
“Tak apalah sikit sahaja ni. Aku rasa ni cuma migrain. In Shaa Allah , nanti baik.”
“Ish kau ni suka main rasa-rasa. Aku tak kira, lepas Subuh ni kita pergi klinik. Badan pun amanah dari Allah. Nah kurma.”
Asmaa’ memcapai kurma yang dihulurkan Zinnirah. Air matanya menitis terharu.
“Irah, terima kasih.”
“Allahu, aku yang patut ucap terima kasih kepada kau sebab bimbing aku kenal Pencipta aku balik. Alhamdulillah , Ramadan kali ini betul-betul bermakna buat aku. Raya minggu depan datang rumah aku ya?”
“In Shaa Allah jika panjang umur.” Jawab Asmaa’ .
“In Shaa Allah, aamiin”
“Irah, bawah meja aku ada hadiah untuk kau, ambil ya lepas solat Subuh nanti.”
“Ala, kenapa tak boleh sekarang?” Zinnirah menarik muncungnya.
“Nantilah, lepas Subuh ya? Kau kena latih diri untuk bersabar sebab tak semestinya apa yang kita nak dalam hidup kita akan dapat. Semua bergantung kepada keizinan Allah, sebab Allah Maha tahu apa yang terbaik untuk kita.”
“Baiklah wahai sahabatku Asmaa’” ujar Zinnirah sambil mencubit pipi pucat Asmaa’.
Zinnirah menyambung, “Aku ambil wuduk dulu ya?”
“Baiklah, Irah ingat ni, jaga Allah dalam jiwa. Dalam apa jua keadaan letaklah Allah yang tertinngi dalam hati. Maafkan aku. Semoga kita beroleh Syurga Firdausi.”
“In Shaa Allah, aku ingat pesanan kau, Asmaa’. Terima kasih unutk persahabatan ini,” seraya Zinnirah memeluk Asmaa’. Terasa sayu tiba-tiba. Hujan lebat di luar menambahkan lagi suasana syahdu antara mereka.
Irah ingat ni, kita punya kisah yang berbeza tetapi kita nak akhiri dengan cara yang sama, syahid pada jalan yang Allah redha.”
*****
Usai sahaj berwuduk, Zinnirah tersenyum sendiri apbila melihat Asmaa’ tertidur sambil memeluk Al-Quran. Sungguh dia berasa sangat bersyukur dikurniakan sahabat seperti Asmaa’. Dakwahnya halus, walaupun dia adalah seorang pelajar kejuruteraan, tindakan dan kata-katanya seperti pelajar pengajian Islam. Zinnirah kagum dalam diam.
“Asmaa’ jom solat Subuh berjemaah.”
Kaku, tiada sebarang reaksi. Zinnirah berasa aneh, selalu panggil sahaja sudah pasti Asmaa’ terjaga. Zinnirah menyentuh badan Asmaa’ untuk mengejutkannya.
“Asmaaa’ !” Zinnirah terduduk di lantai.