Bengkel Ketua PEMBINA – Perkasakan gerak kerja dekati golongan belia dan mahasiswa

11 Disember, Gombak – Bertempat di Pejabat PEMBINA Kuala Lumpur, kira-kira 40 orang pimpinan PEMBINA dari semua cawangan seluruh negara termasuk telah berkumpul dalam Bengkel Ketua-ketua PEMBINA. Perjumpaan ini telah diadakan bertujuan menjadi medan perkongsian gerak kerja dan pencapaian masing-masing pimpinan di peringkat cawangan.


“Kejayaan gerak kerja PEMBINA sebenarnya adalah hasil gerak kerja yang berkesan dan penggembelengan tenaga di peringkat pimpinan pusat dan semua cawangan di seluruh negara,” saudara Zaizul Azizi dalam ucapan alu-aluannya menekankan tentang harapan untuk melihat PEMBINA menjadi sebuah persatuan belia Islam yang benar-benar berfungsi di kalangan masyarakat belia di negara ini.

Bengkel kali ini telah dapat memberikan gambaran gerak kerja yang lebih jelas untuk mencapai visi dan misi PEMBINA menerusi sesi-sesi perkongsian di kalangan pimpinan PEMBINA yang hadir.

Bengkel Ketua PEMBINA yang julung kali diadakan ini turut dimeriahkan dengan upacara penyerahan Sijil Penubuhan Cawangan daripada Pendaftar Pertubuhan Belia kepada ketua-ketua cawangan.

Bengkel kali ini yang bermula seawal jam 9.00 pagi telah berakhir pada jam 5.00 petang.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top