Beliawanis PEMBINA Semakin Menyinar – Nor Hasni

BANGI, 2 Oktober 2011 – Naib Presiden PEMBINA II, Pn Nor Hasni Hayati Hanapi telah menyatakan rasa bangga terhadap pencapaian beliawanis PEMBINA di seluruh negara. Dalam ucapannya sempena merasmikan penutupan Fit and Fabulous Carnival 2011 (FFC 2011) PEMBINA Bangi, beliau mendedahkan beberapa kemajuan yang telah dicapai oleh beliawanis dalam tempoh 2 tahun beliau menerajui PEMBINA di peringkat pusat.

“Kalau dulu, ramai beliawanis bertudung labuh berminat menyertai PEMBINA, tapi kini yang tak bertudung pun seronok bersama PEMBINA. Mungkin kerana  program-programnya yang berinformasi dan bersifat pelbagai serta dihiasi dengan adab-adab syariat yang terpelihara.”“Kalau dulu, beliawanis PEMBINA cenderung membuat program-program bersifal internal atau exclusive, namun kini program-program beliawanis telah berjaya merentasi tanah air dan terbuka seluas-luasnya kepada masyarakat.”

“Kalau dulu, ketokohan beliawanis PEMBINA mungkin tidak disedari oleh masyarakat, tetapi kini beliawanis melangkah jauh sehingga ada yang berjaya menjadi finalis program solehah di TV al-Hijrah setelah berjaya bertarung dengan 800 orang peserta. Bukan itu sahaja malah mantan Ketua Beliawanis PEMBINA Pusat juga turut diberi pengiktirafan dengan dilantik menjadi tenaga pengajar untuk rancangan Solehah tersebut.” ujar beliau.

Pn Nor Hasni berasa kagum melihat keaktifan beliawanis PEMBINA dalam berpersatuan apatah lagi apabila keaktifan itu tidak langsung menjadi penghalang untuk mereka cemerlang dalam pelajaran, cemerlang dalam ko-kurikulum, dan cemerlang dalam kerjaya sehingga mendapat anugerah-anugerah yang sesuai dengan kelayakannya. Sebagai contoh, saudari Syarifah Nurhanum, aktivis PEMBINA sejak tahun 2008 telah berjaya merangkul 7 anugerah dan Sijil Kecemerlangan Akademik, 6 Sijil Anugerah Dekan dan Kepujian Kelas Pertama di UPM. Begitu juga saudari Nurmunirah Binti Ramli, yang mendapat anugerah Pelajar Terbaik (Akademik) Ijazah Sarjana Muda Ekonomi, dan Pelajar Terbaik (Ko-Kurikulum) Kulliyyah Ekonomi dan Sains Pengurusan UIA, Nurhuda Binti Ismail, Pelajar Terbaik (Akademik) Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan (Aeroangkasa) dan Nur Afiqah Binti Tajuddin, Pelajar Terbaik dalam Ekonomi Islam UIA dan lain-lain.  Pada tahun ini sahaja sehingga bulan September, beliawanis PEMBINA di seluruh Malaysia telah Berjaya menganjurkan lebih 100 program, dengan bilangan sebanyak 3000 penyertaan.

Kejayaan program FFC 2011 yang dianjurkan oleh mahasiswi UKM tersebut sekaligus membuktikan keupayaan PEMBINA untuk memacu aktivisme mahasiswa di kampus. Majlis perasmian tersebut turut disaksikan oleh Sekretariat Beliawanis PEMBINA Pusat, Cik Roszida Kamarudin, Ketua Beliawanis PEMBINA Bangi, Cik Norhamimah Ibrahim, Ketua Wanita ISMA DHL, Puan Raba’iah Kamarul Baharin, Tetamu jemputan, Pn Fatimah Syarha Binti Hj Mohd Noordin, Farrah Adeeba Mohamed Ashraf, Wakil-wakil ISI UKM, dan Pengarah Program FFC 2011, Cik Siti Nor Mariam Binti Syed Abdul Malik Shah.

Dari kiri: Moderator, Dr. Norsyarifah, Fatimah Syarha, Farrah Adeeba
Beliawanis PEMBINA Bangi bersama Farrah Adeeba, Fatimah Syarha dan Dr. Norsyarifah

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top