KUALA LUMPUR, 4 April –Sekretariat Beliawanis Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA) melancaran Sekretariat Beliawanis secara rasmi bertempat di Auditorium Pusat Asasi Sains, Universiti Malaysia sempena Mesyuarat Agung Tahunan Kebangsaan Kali Ke-8 PEMBINA.
Roszida Kamaruddin, Naib Presiden 2 yang juga merangkap Ketua Beliawanis PEMBINA Pusat ketika ditemubual berkata, Sekretariat Beliawanis PEMBINA ditubuhkan pada tahun 2007, yang mempunyai objektif dan halatuju yang jelas, ingin membentuk jatidiri wanita Islam di Malaysia khususnya.
“Beliawanis melihat belia dan remaja dalam bentuk nilai-nilai, sahsiah dan akhlak, Beliawanis berhasrat menjadi model muslimah bagi muslimah diluar sana, muslimah yang ideal dari semua sudut samada penampilann, intelektual, berprestasi dalam akademik namun masih mampu menjaga maruah diri, “ ujarnya.
Pada tahun 2014, Beliawanis PEMBINA mengambil inisiatif untuk penjenamaan semula Sekretariat Beliawanis yang merupakan sayap wanita bagi PEMBINA.
Pelbagai aktiviti yang dilakukan untuk membangun jati diri beliawanis, program yang menjelaskan apa yang seharusnya dilakukan oleh muslimah, edaran risalah, kempen menutup aurat, kempen ‘Say no to Valentine!” dan banyak lagi.
Tambahnya lagi Beliawanis PEMBINA berharap agar dapat menjadi contoh bagi wanita Islam di Malaysia, sehingga dapat menarik orang diluar PEMBINA, dan melihat PEMBINA sebagai role model dalam pelbagai aspek.
Antara tetamu jemputan yang hadir ialah Dr Syamil, Ikatan Pengamal Perubatan dan Kesihatan Muslim Malaysia (I-medik), Hafizan Wahab, Kelab Remaja ISMA (KRIM), Hasni Ahmad, Pemuda HALUAN, Muhammad Afiq Awang Bakar, Naib Presiden 2 Gabungan Mahasiswa Islam se-Malaysia (GAMIS), Muna ‘Adila Che Rime dan Fathiah Mohd Pauzi, Majlis Politik Nasional SIGMA, Akram Ikrami, Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Kolej Universiti Islam Selangor.
Siti Aisyah Mohamad Zin
Wartawan PEMBINA