Belia Muslim Perlu Cemerlang – Presiden

DUNGUN, 8 Ogos 2011 – “Orang mukmin adalah umat yang berjaya. Sejarah telah membuktikan dengan jelas umat Islam merupakan umat yang cemerlang  Kita juara di bidang ekonomi, keilmuan, politik, akhlak, sosial dan dalam pelbagai aspek dan bidang kehidupan. Namun, pada hari ini, umat Islam berada pada tahap yang amat menyedihkan. Ingatlah, sesungguhnya Allah tidak akan mengubah kondisi sebuah umat sehinggalah mereka mengubah diri mereka sendiri”, ujar Presiden PEMBINA, saudara Norzafry Norhalim dalam satu sesi dialog bersama para ahli dan aktivis PEMBINA Dungun. Beliau telah memenuhi undangan PEMBINA Dungun dalam satu Majlis Iftar yang dianjurkan oleh PEMBINA Dungun sempena Program Ihya’ Ramadahan 1432H.

Saudara Norzafry Norhalim menegaskan bahawa belia Islam perlu menempatkan posisi masing-masing yang mana membolehkan mereka memperkembangkan potensi yang ada demi mencapai kecemerlangan. Belia Islam dituntut supaya mengejar kecemerlangan dalam apa saja bidang yang diceburi. Ini selaras dengan kefahaman Islam yang syumul yang mana meletakkan Islam itu sebagai suatu sistem kehidupan yang merangkumi segala perkara. Islam bukan hanya disempitkan di surau atau masjid, tetapi Islam juga adalah di kuliah, ekonomi dan pekerjaan, akhlak, sosial kemasyarakatan dan lain-lain lagi. Kejayaan umat yang terdahulu adalah kerana mereka tidak pernah membezakan pengertian dan skop Islam dalam aspek-aspek tertentu sahaja. Kesemuanya kembali pada Allah sebagai ibadah mecari keredhaan Allah.

Sempena bulan Ramadhan, beliau memperingatkan bahawa pada bulan ini orang mukmin memiliki kekuatan yang luar biasa yang boleh membantu mereka mencapai kecermalangan. “Masjid akan penuh, masyarakat menjadi lebih sensitif dan lebih mudah menderma atu berbakti, dorongan kuat untuk menggandakan ibadat khusus dan lain-lain lagi. Lihatlah sejarah, berbagai-bagai sejarah penting seperti kemenangan Perang Badar dan Pembukaan Mekah dicapai oleh orang Islam dalam bulan Ramdahan walaupun mereka terpaksa berlapar dan mengongkong keinginan mereka”, jelas saudara Norzafry Norhalim.

Saudara Presiden juga menjawab persoalan-persoalan yang diajukan oleh para aktivis PEMBINA tentang keistimewaan bentuk program-program yang diberi penekanan oleh PEMBINA. PEMBINA Dungun ingin merakamkan penghargaan kepada Suadara Norzafry Norhalim atas kesudiaanya bersama-sama dalam majlis iftar dan sesi dialog ini.

 

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top