Bangkit Dari Pengalaman Terdahulu – Naib Presiden

Naib Presiden I PEMBINA, Aizuddin Khalid

GOMBAK, 6 Ogos 2011 – Satu sesi “Intellectual Discourse” dikalangan mahasiswa International Islamic College (IIC) telah berlangsung bagi membincangkan sejarah dan tamadun Islam. Program yang berlangsung sepanjang hari itu telah diisi oleh Naib Presiden PEMBINA, Aizuddin Khalid.

Dalam program itu, Aizuddin menekankan kepentingan sejarah sebagai mutiara yang berharga yang hanya dapat dinikmati oleh orang yang sanggup menyelam ke dasar laut untuk mengutipnya. Menurut beliau, pengalaman sejarah dapat membantu pengkajinya melakar masa hadapan, disamping belajar dari kesilapan terdahulu.

Pembentangan beliau juga banyak menyentuh ciri-ciri pemimpin serta tokoh-tokoh Islam sepanjang zaman yang menguasai banyak cabang ilmu dan mempunyai motivasi yang kuat untuk berbakti kepada agama.

Ketua Penerangan PEMBINA itu menyeru agar belia menetapkan agenda Islam sebagai matlamat hidup tertinggi dan menghalakan kecenderungan dan kelebihan-kelebihan diri untuk manfaat Islam. “Menjadi pendakwah bukan bererti meninggalkan dunia dan menjadi lebai di surau. Tetapi mengisi kehidupan dan menghalakan rutin hidup untuk perkembangan dan kemajuan agama”, demikian jelas beliau dalam sesi tersebut mengenai peranan belia Islam untuk berdakwah.

Intellectual Discourse Mahasiswa IIC

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top