KUALA LUMPUR, 28 Sept. – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini membentangkan Bajet 2013 melibatkan peruntukan berjumlah RM251.6 bilion iaitu meliputi RM201.9 bilion untuk perbelanjaan mengurus dan RM49.7 bilion bagi perbelanjaan pembangunan.
Tahun lalu, sebanyak RM232.8 bilion diperuntukkan iaitu RM181.6 bilion untuk perbelanjaan mengurus dan RM51.2 bilion bilion bagi perbelanjaan pembangunan.
PEMBINA melihat bahawa pengumuman bajet kali ini terdapat kelebihan dan kekurangan yang boleh dimanfaatkan oleh para belia di Malaysia. Berikut merupakan beberapa pemerhatian PEMBINA:
1. Bajet kali ini dilihat lebih mesra belia dari sudut kehendak belia itu sendiri tetapi tidak mampu memberi keyakinan dari sudut pembanguan belia dalam melahirkan modal insan untuk jangka masa panjang.
2. Tiada bajet khusus yang diumumkan oleh kerajaan untuk aktiviti dan persatuan belia berbeza dengan bajet pada tahun 2012 dimana RM320 juta diperuntukan melalui saluran Majlis Belia Malaysia (MBM) untuk menjalankan pelbagai aktiviti termasuk latihan kemahiran, program kepimpinan, daya tahan dan keusahawanan.
3. Walaupun kerajaan mengumumkan peruntukan untuk ‘Festival Belia Putrajaya’ yang menggantikan Himpunan Jutaan Belia, ia dilihat sebagai lebih kepada projek berbentuk hiburan dan bukan pembangunan agenda belia.
4. PEMBINA menyambut baik beberapa peruntukan positif dalam pengumuman bajet 2012 untuk belia:
a) Mekanisma pembayaran semula PTPTN dimana diskaun 20% untuk mereka yg melangsaikan bayaran dalam tempoh setahun dan 10% diskaun bagi pembayar yang kosisten dilihat sebagai satu yang positif bagi peminjam PTPTN. Maknisma ini lebih baik dan meyakinkan berbanding cadangan pakatan yang dilihat hanya menuntut pemansuhan PTPTN tanpa menyediakan mekanisma dan penyelesaian yang kukuh dalam merealisasikan pendidikan percuma.
b) Skim perumahan mampu milik yang lebih meyakinkan untuk belia yang baru bekerja di mana kelayakan pendapatan RM3000 telah dinaikan kepada RM5000. Begitu juga dengan caj pelupusan hartanah 15% dalam tempoh 2 tahun dan 10% dalam tempoh 2-5 tahun yang boleh melambatkan proses kenaikan harga rumah. Usaha kerajaan untuk menambah bilangan rumah kos murah dan sederhana mampu memberi peluang kepada para belia untuk memiliki rumah sendiri.
c) Rebat RM 200 untuk talifon pintar akan membantu belia untuk lebih mudah access kepada maklumat
d) BR1M 2.0 yang akan turut dinikmati oleh belia bujang.
e) Vaucher buku RM250 adalah baik tapi dicadangkan agar diskaun diberikan kepada setiap pembelian buku oleh pelajar. Ini akan menggalakkan pelajar untuk membeli lebih byk buku dan tidak terhad kepada RM250.
f) Projek jalur lebar yang bakal dinikmati oleh sebahagian besar belia bagi memudahkan akses kepada maklumat.
5. Apa yang dilihat kurang ialah:
a) Tiada bajet khusus untuk pembangunan belia dalam konteks pembangunan modal insan dalam melahirkan belia yang lebih berkepimpinan, berkemahiran dan mempunyai budaya saing yang tinggi. Belia sepatutnya diperikan perhatian khusus oleh kerajaan kerana
Kesimpulannya, walaubagaimana baik pun perancangan sesebuah bajet itu, aspek perlaksaan adalah paling penting penting untuk memastikan ia Berjaya dilaksanakan. Segala peruntukan yang telah dimaklumkan oleh kerajaan harus dipastikan sampai kepada golongan sasar dan tidak berlaku sebarang kebocoran atau salah guna. PEMBINA percaya sekiranya bajet kali ini benar-benar dapat direalisasikan.