Anugerah 1 Citizen Cetus Kesan Positif, Tingkat Kredibiliti Qamarul

PUTRAJAYA 27 FEB – “Program seumpama ini mampu mendidik belia untuk jadi lebih beretika sekaligus memberi kesan positif kepada ummah”, demikian menurut saudara Qamarul Nazrin Harun ketika ditemuramah wartawan PEMBINA selepas menerima anugerah dalam Majlis Penyampaian Hadiah Portfolio Terbaik 1 Citizen yang disampaikan oleh Menteri Pendidikan 2, Dato Seri Idris bin Jusoh baru-baru ini.

Katanya lagi, penganugerahan dalam program ini dilihat berjaya melatih pelajar dalam mengetahui tatacara penggunaan internet yang betul. Dalam pada itu, ianya juga boleh mengurangkan jenayah siber yang kian meruncing seperti isu plagiarism, pornografi dan sebagainya dengan adanya saluran seperti ini.

Manakala menurut Pengurus Projek, Pn Adura Suhaimy pula berkata, program ini terbukti memberi faedah yang banyak kepada mahasiswa sekaligus memberi pendedahan meluas untuk persediaan kealam kerjaya.

Kejayaan mengungguli 2 anugerah dalam Program 1 Citizen ini sekaligus mengangkat ketokohan saudara Qamarul sebagai mahasiswa penuh kredibiliti.

Beliau yang merupakan Presiden Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA) UiTM Puncak Perdana dan Puncak Alam telah berjaya dianugerahkan sebagai Johan Portfolio Terbaik Musim 2 sesi 2013 dan Johan Portfolio Terbaik Keseluruhan bagi kategori poster.

IMG-20140225-WA0019

Poster beliau yang bertajuk “Plagiarism Is a Crime”telah berjaya menewaskan lebih 36 ribu peserta yang lain bagi kategori ini dari seluruh Malaysia. Ini sekaligus membuktikan keterlibatan dalam persatuan khususnya PEMBINA berjaya meletakkan saingan yang cukup hebat di persada negara.

Ketika ditanya tentang perasaan dalam penganugerahan ini, beliau berasa sangat teruja dan lebih bersemangat untuk mendalami etika penggunaan internet dengan lebih berkesan.

Disediakan oleh,

Hanafi Muidnudin,
Wartawan PEMBINA Pusat

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top