ALLAH Oh ALLAH

Hatiku benar-benar terguris, fikiranku benar-benar terganggu.

Aku terasa marah.

TAHUN 2009 BERAKHIR DENGAN BENCANA

bencanaTahun 2009 berakhir dengan satu khabar bencana yang lebih teruk daripada tsunami kepada ummat Islam di Malaysia. Bencana ini memperlihatkan kelemahan sistem kehakiman yang sedia ada dalam mempertahankan Islam sama ada dari segi hukum-hukumnya mahupun setakat syi’ar-syi’arnya (syi’ar = simbol/tanda).

Bencana ini memperlihatkan kesongsangan yang ada dalam tampuk pemerintahan sedia ada. Yang memperlihatkan, bagaimana tonggak harapan yang diundi masyarakat Islam hanya menjadi sebagai tunggul  kayu melihat agama ini semakin dirobek-robek. Kalau dulu kerajaan mengatasi mahkamah membuat keputusan untuk kes seorang India Muslim yang meninggal dunia, lalu hak penjagaan anaknya diserahkan kepada si ibu yang masih Hindu. Mengapa kali ini, dia (mereka) tidak mengatasi mahkamah untuk membuat keputusan menghalang penggunaan nama Allah berleluasa oleh agama lain.

Bencana ini memperlihatkan siapakah sebenarnya yang benar-benar mahu menegakkan Islam di tanah air Malaysia tercinta. Sekadar melaung-laungkan bantahan, sedangkan kita telah terlupa malah tertinggal dalam mengikuti setiap saat kes tersebut semasa ia dibicarakan yang membawa keputusan yang janggal. Bila terhantuk, baru tergadah. Oh, mungkin ketika itu kita sibuk dengan Sehati Berdansa, Anugerah Juara Lagu TV3, sibuk dengan drama bersiri Cinta Balqis atau Nur Kasih, sibuk dengan pelbagai perkara melalaikan dan tidak sedikitpun meningkatkan iman.

Bencana ini memperlihatkan bahawa ummat Islam terang-terangan diserang dari segala sudut, namun ummat Islam masih tidur dengan lena tanpa menghiraukan apa yang akan jadi pada anak, cucu, cicit serta keturunan mereka nanti. Mungkin mereka tidak belajar dari apa yang berlaku kepada muslimin muslimat di Andalusia (kini Sepanyol). Dulunya negara Islam, tetapi kini 99% adalah Kristian. Begitu juga di Filipina, kalau dahulunya ia kepulauan kesultanan Melayu Islam yang beribukota Amanillah (kini Manila), kini hanya Mindanao sedang berdarah bermati-matian mempertahankan keislaman di gugusan kepulauan Filipina.

ddb0f911-0e79-4d4f-857b-83cdf46a0adbAku membuka laman web Herald Catholic Malaysia, melihat wajah gembira si Kristian kerana telah menang kes di Mahkamah Tinggi untuk menggunakan perkataan Allah dengan berleluasa di dalam agama lain. Alasannya janggal dan bodoh, mengatakan bahawa Allah itu Tuhan, dalam bahasa Arab.  Apa rasionalnya menggunakan bahasa Arab di negara yang bahasa Arab bukan bahasa pertama, atau kedua, atau ketiga? Terang-terangan agendanya adalah untuk mengelirukan ummat Islam seterusnya menarik secara halus ke dalam agama mereka.

Terdapat juga link kepada artikel seorang yang bergelar Muslim bernama Farish Noor, yang mengatakan bahawa ummat Islam di Malaysia tidak tahu sebenarnya apa maksud Allah. Ah, sungguh cetek hujah yang diberikan! Dia sekadar menyatakan bahawa orang Arab di Mesir, sama ada Muslim, Kritian ataupun Koptik (Qibti), biasa sahaja menggunakan Allah, Wallahi, Masya-Allah dalam perkataan harian mereka. Kerana katanya, orang Arab memahami Allah itu bermaksud Tuhan. Dia juga mempersoalkan hujjah sesetengah pihak, mengapa Kristian tidak menggunakan bahasa asalnya di dalam Injil iaitu Aramaic yang tiada perkataan Allah sebagai Tuhan? Dia kata itu merupakan alasan cetek. Heh! Dia tidak pun menjawab persoalan itu. Dia juga tidak mejawab persoalan, kenapa baru sekarang mahu menggunakan perkataan Allah. Inilah dia Farsih Noor yang dikatakan Muslim (namun saya juga tidak mengatakannya kafir!), dalam kamus hidupnya tidak ada “mufassalah tammah” (rujuk Tafsir Fi Zilal, Surah Al Kafirun), tidak ada ‘izzah (kebanggaan menjadi seorang Muslim), tidak mahu ber‘tamayyuz'(perbezaan sebagai seorang Muslim dan bukan Muslim).

Bencana ini juga memperlihatkan betapa keputusan kes ini mendapat liputan meluas daripada media luar negara sepanjang perbicaraannya tetapi media di negara ini bagaikan sunyi sepi dan tiada respon yang bernas.

SAMA TAPI TAK SERUPA!

Surah Maryam

[18]
Maryam berkata: Sesungguhnya aku berlindung kepada (Allah) Ar-Rahman daripada (gangguan) mu kalaulah engkau seorang yang bertaqwa.
[19]
Ia berkata: “Sesungguhnya aku pesuruh Tuhanmu, untuk menyebabkanmu dikurniakan seorang anak yang suci”.
[20]
Maryam bertanya (dengan cemas): Bagaimanakah aku akan beroleh seorang anak lelaki, padahal aku tidak pernah disentuh oleh seorang lelaki pun, dan aku pula bukan perempuan jahat?”
[21]
Ia menjawab: “Demikianlah keadaannya tak usahlah dihairankan; Tuhanmu berfirman: Hal itu mudah bagiKu; dan Kami hendak menjadikan pemberian anak itu sebagai satu tanda (yang membuktikan kekuasaan Kami) untuk umat manusia dan sebagai satu rahmat dari Kami; dan hal itu adalah satu perkara yang telah ditetapkan berlakunya.
[22]
Maka Maryam hamilah mengandungnya, lalu ia memencilkan diri dengan kandungannya itu ke sebuah tempat yang jauh.

…..

[29]
Maka Maryam segera menunjuk kepada anaknya. Mereka berkata (dengan hairannya): “Bagaimana kami boleh berkata-kata dengan seorang yang masih kanak-kanak dalam buaian?”
[30]
Ia menjawab:” Sesungguhnya aku ini hamba Allah; Ia telah memberikan kepadaku Kitab (Injil), dan Ia telah menjadikan daku seorang Nabi.
[31]
Dan Ia menjadikan daku seorang yang berkat di mana sahaja aku berada, dan diperintahkan daku mengerjakan sembahyang dan memberi zakat selagi aku hidup.
[32]
” Serta (diperintahkan daku) taat dan berbuat baik kepada ibuku, dan Ia tidak menjadikan daku seorang yang sombong takbur atau derhaka.
[33]
Dan segala keselamatan serta kesejahteraan dilimpahkan kepadaku pada hari aku diperanakkan dan pada hari aku mati, serta pada hari aku dibangkitkan hidup semula (pada hari kiamat)”.
[34]
Yang demikian sifat-sifatnya itulah Isa Ibni Maryam. Keterangan yang tersebut ialah keterangan yang sebenar-benarnya, yang mereka ragu-ragu dan berselisihan padanya.
[35]
Tiadalah layak bagi Allah mempunyai anak. Maha Sucilah Ia. Apabila menetapkan jadinya sesuatu perkara, maka hanyalah Ia berfirman kepadanya: “Jadilah engkau”, lalu menjadilah ia.
[36]
Dan sesungguhnya Allah ialah Tuhanku dan Tuhan kamu maka sembahlah kamu akan Dia inilah jalan yang betul – lurus

Surah Al Kafirun

[1]
Katakanlah (wahai Muhammad): “Hai orang-orang kafir!
[2]
“Aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah.
[3]
“Dan kamu tidak mahu menyembah (Allah) yang aku sembah.
[4]
“Dan aku tidak akan beribadat secara kamu beribadat.
[5]
“Dan kamu pula tidak mahu beribadat secara aku beribadat.
[6]
“Bagi kamu ugama kamu, dan bagiku ugamaku”.

Surah Al Ikhlas

[1]
Katakanlah (wahai Muhammad): “(Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa;
[2]
“Allah Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat;
[3]
“Ia tiada beranak, dan Ia pula tidak diperanakkan;
[4]
“Dan tidak ada sesiapapun yang serupa denganNya”.

BENCANA INI SATU RAHMAT

Sekiranya dulu aku alpa mendoakan keselamatan aqidah untuk zuriat keturunanku dan generasi ummat Islam akan datang, bencana ini memperteguhkan lagi hatiku untuk meminta kepada Allah Tuhan Yang Esa.

daie

Lidahku kini dan juga iktikad hatiku tidak berhenti-henti membaca sepotong ayat dari Surah As Saff, “mereka ingin memadamkan cahaya Allah dengan mulut-mulut mereka, tetapi Allah tetap menyempurnakan cahayanya walaupun orang-orang kafir membenci.”

Dan, kini aku lebih berkesedaran untuk meluaskan lagi bacaan dan ilmu tambahan bagi mempertahankan kesucian Islam.

Mungkin orang Kristian saban hari semakin terkeliru juga dengan agama mereka yang selama ini beriktikad terhadap konsep Trinity. Mereka semakin panik apabila kajian demi kajian menunjukan bahawa fahaman mereka ini salah.

Dipetik daripada kajian Prof. Shahul Hameed, Presiden Kerala Islamic Mission, Calicut, India.

The keystone of modern Christianity that God is a Trinity consisting of three persons is a blatant contradiction and violation of the First Commandment given in the Old Testament and underscored by Jesus himself in the New Testament..

“The most important one,” answered Jesus, “is this: ‘Hear, O Israel, the Lord our God, the Lord is one. Love the Lord your God with all your heart and with all your soul and with all your mind and with all your strength.’ (Mark 12:28-30, New International Version)

Hear, O Israel: The LORD our God, the LORD is one. (Deuteronomy 6:4, New International Version)

Dan aku mendoakan, semakin ramai pastor, preacher, priest, paderi atau apa sahaja cendekiawan Kristian, terus semakin ramai yang memeluk Islam akibat kajian demi kajian mereka.

Sesungguhnya, kes ini satu muhasabah kepada semua aktivis islam dalam meneruskan usaha mengukuhkan aqidah selaras dengan ajaran Islam. Ini kerana orang-orang bukan Islam dan musuh-musuh Islam tidak akan berhenti-henti mencari jalan usaha untuk memesongkan jalan hidup kita yang diredhai Allah ini.

Ayuh ummatku, bangunlah!

 

Disediakan oleh:

Saudari Norhidayah Ismail,
Ahli PEMBINA Melaka.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top