PEMBINA sasar 50,000 keahlian menjelang akhir 2016

"Kekuatan PEMBINA adalah kekuatan yang bersumberkan daripada manusia itu sendiri dan manusia itu tidak mempunyai bekal kekuatan melainkan tarbiyyah," kata Presiden PEMBINA, Ustaz Ibrahim Mohd Hasan Al-Hafiz.“Kekuatan PEMBINA adalah kekuatan yang bersumberkan daripada manusia itu sendiri dan manusia itu tidak mempunyai bekal kekuatan melainkan tarbiyyah,” kata Presiden PEMBINA, Ustaz Ibrahim Mohd Hasan Al-Hafiz.

BANGI, 13 Feb – Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA) menyasarkan keahlian seramai 50,000 orang menjelang akhir tahun ini.

Presidennya, Ustaz Ibrahim Mohd Hasan Al-Hafiz berkata, angka itu dilihat tidak mustahil berikutan kebanyakan program PEMBINA lebih bertumpu di dalam universiti dengan menawarkan lima pakej aktiviti kepada mahasiswa.

“Bagi merancakkan lagi proses keahlian dan pengkaderan, PEMBINA telah melancarkan Tajmik Ala PEMBINA dengan menawarkan lima pakej; Pakej Tarbiyah, Pakej Kepimpinan, Pakej Rekreasi, Pakej Bakti dan Pakej Media.

“Alhamdulillah sehingga kini seramai 42,000 orang telah menyertai PEMBINA dan sasaran kita ada untuk mencapai 50,000 keahlian menjelang hujung 2016,” katanya ketika menyampaikan ucapan dasar di hadapan lebih 500 perwakilan dan pemerhati di Mesyuarat Agung Tahunan Kebangsaan Ke-9 di Auditorium Mygenom, Institut Genom Malaysia, Bangi pagi tadi.

Bekas pimpinan PEMBINA adalah antara tetamu jemputan khas MATK hari ini.Barisan bekas pimpinan PEMBINA adalah antara tetamu jemputan khas MATK hari ini.

Ibrahim menjelaskan kejayaan PEMBINA selama ini adalah bertunjangkan kekuatan tarbiyah di kalangan ahli terdahulu dan diwarisi sehingga hari ini.

“Kekuatan PEMBINA adalah kekuatan yang bersumberkan daripada manusia itu sendiri dan manusia itu tidak mempunyai bekal kekuatan melainkan tarbiyyah.

“Harus disedari bahawa kepentingan tarbiyyah telah menjadi asas kepada kekuatan generasi penggerak awal PEMBINA dan ianya harus diwarisi dan menjadi tunjang kekuatan kepada penggerak seterusnya,” kata beliau.

Sehingga kini PEMBINA aktif secara rasmi di 23 buah universiti di seluruh negara dan akan ditubuhkan di universiti-universiti lain.

Ibrahim juga menyenaraikan program-program berimpak besar yang telah berjaya dilaksanakan bagi membawa agenda PEMBINA di kalangan mahasiswa.

Antaranya ialah Konvensyen Berakhirnya Agenda Zionis (KBAZ) pada Mei 2009 di Dewan Merdeka PWTC yang berjaya menarik kehadiran 3,000 orang.

Selain itu, Konvensyen Pemikiran Hasan Al-Banna Dalam Melakar Agenda Bangsa (KOBANNA) pada Januari 2010 di Universiti Tenaga Nasional (UNITEN).

PEMBINA juga berjaya menarik kehadiran peserta 3,600 orang pada Konvensyen Empayar Melayu Melaka (KEMM) pada Januari 2011 di Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM).

Bagi mengukuhkan kedudukannya sebagai badan aktif dan rasmi di universiti, PEMBINA telah menganjurkan program Himpunan Mahasiswa (HIMMAH) sebanyak dua kali iaitu pada tahun 2012 dan 2013.

sumber : Ismaweb

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top