Lawatan aktivis PEMBINA ke Cyber Security Malaysia membuka mata keselamatan siber

SERI KEMBANGAN 7 April – Seramai 15 aktivis Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA) hari ini menyertai rombongan lawatan ke Cyber Security Malaysia.

Aktivis di kalangan belia, beliawanis, mahasiswa dan mahasiswi PEMBINA telah diperkenalkan struktur operasi agensi keselamatan siber ini, terutamanya dalam konteks memberikan kesedaran kepada masyarakat pengguna siber terutamanya generasi muda.

Menurut Azril Hanafi, Timbalan Presiden PEMBINA yang merupakan ketua delegasi lawatan berkata, “PEMBINA berhasrat membina hubungan kerjasama dengan Cyber Security Malaysia terutamanya dalam memberi kesedaran keselamatan siber.”

Menurut beliau lagi, PEMBINA melihat hubungan kerjasama perlu dipererat lagi untuk memperkemaskan lagi pakej-pakej yang PEMBINA tawarkan kepada ahli.

PEMBINA amat menghargai layanan dan sambutan baik yang diberikan oleh pihak Cyber Security Malaysia.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top