Ziarah PEMBINA ke GPMS

12 Mei, Kuala Lumpur – PEMBINA telah mengadakan kunjungan ke Pejabat Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) di Kuala Lumpur. Rombongan PEMBINA diwakili oleh Presiden, Zaizul Azizi, Timbalan Presiden, Norzafry Norhalim, dan Naib Presiden I, Ibrahim M Hasan.

Pertemuan selama lebih satu jam bersama Presiden GPMS, En Jais Abd Karim itu diisi dengan pelbagai perkongsian pandangan tentang isu belia masakini. Perbincangan yang rancak itu telah diwarnai dengan perkongsian pelbagai pengalaman GPMS sepanjang 62 tahun ianya ditubuhkan.

GPMS dan PEMBINA masing-masing sepakat bahawa peranan dan muafakat antara NGO adalah cukup penting demi membantu mengembalikan kekuatan dan potensi belia Melayu Muslim di tanahair.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top