TN50 PEMBINA seru Kerajaan tegas pelihara Identiti Negara

TN50: PEMBINA seru Kerajaan tegas pelihara Identiti Negara

PUNCAK ALAM, 22 APRIL – PEMBINA seru kerajaan bertegas dalam memelihara identiti negara. Menurut Presiden , Mohd Eqwan Mohd Roslan, sejak kebelakangan ini negara kita diwarnai dengan insiden-insiden perkauman yang meresahkan serta telah menghilangkan fokus dan tenaga masyarakat daripada terus maju membangunkan negara.

“Pergeseran identiti ini disebabkan oleh tiga punca. Yang pertama adalah kewujudan sistem pendidikan yang tidak mendokong dasar pendidikan negara. Ini menyebabkan sesetengah rakyat yang lahir daripada sistem ini tidak memahami identiti negara ini. Oleh itu, Dasar Pendidikan Negara haruslah diperluas dan diperkukuhkan perlaksanaannya,” ucap beliau.

“Punca kedua adalah kemasukan identiti asing, sama ada secara sengaja atau tidak sengaja melalui saluran hiburan, pembacaan tanpa asas dan penyerapan budaya asing semasa berada di perantauan. Ia juga berlaku disebabkan usaha kuasa asing untuk menanam gaya fikir dan hidup melalui pendanaan badan-badan bukan kerajaan yang bertapak di Malaysia,” tambah beliau dalam ucapannya.

“Punca ketiga adalah tekanan politik kepartian, di mana identiti negara dijadikan perkara yang dikorbankan untuk berunding kuasa.” Beliau merujuk kepada kata-kata seorang wakil rakyat baru-baru ini.

Beliau juga menyentuh kata kata seorang pemimpin golongan muda yang mahu lebih dikenali sebagai bangsa Malaysia sebagai identiti yang lebih menyerlah dari identiti kaum dan suku bangsa.

Ulas beliau “Jika Perkara 153 adalah satu penghinaan, bagaimana ia boleh berada di dalam Perlembagaan Persekutuan? Tak mungkin sesuatu yang menghina ada di dalam Perlembagaan kita dan di bawah kuasa Yang Di Pertuan Agong untuk mempertahankannya.”

Dalam mengejar masa hadapan, kita tidak patut mengabaikan perjuangan sejarah terdahulu. Beliau turut mempersoalkan sekiranya selepas ini kedudukan Islam dalam perlembagaan juga dikatakan satu penghinaan kerana memerlukan peruntukan khas.

Beliau juga memnegaskan bahawa identiti negara adalah penting supaya fokus dan tenaga rakyat dapat diberikan untuk membangunkan serta mensejahterakan tanah ini.

Disediakan oleh Muhammad Syafiee (Wartawan PEMBINA)

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top