Tabung derma kilat dilancar bantu ringankan beban ahli PEMBINA terlibat kemalangan

Muhaimin Mahmood, ahli PEMBINA Cawangan Negeri Johor telah terlibat dalam satu kemalangan membabitkan motosikal yang ditunggang beliau dengan sebuah teksi pada petang Rabu, 5 September. Motosikal beliau mengalami kerosakan teruk manakala beliau mengalami kecederaan parah di muka dan kaki. Muhaimin kini masih ditempatkan di wad unit jagaan rapi (ICU) Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru.
 
Bagi meringankan beban yang ditanggung oleh beliau dan keluarga, PEMBINA telah melancarkan Tabung Kecemasan. Sumbangan boleh disalurkan ke akaun Azmir Shaari  01010004989202 (CIMB Islamicatau 151276108731 (Maybank).
 
Muhaimin boleh dilawati di wad ICU Barat Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru. 
PEMBINA mendoakan Muhaimin, yang juga merupakan Ketua PEMBINA UTM Skudai agar segera sembuh dan diberikan kekuatan kepada beliau dan keluarga untuk menghadapi ujian ini, seterusnya kembali bergiat aktif bersama PEMBINA.
Scroll to Top