Sohwah berjaya ke pentas Final Nasyid Underground

Kumpulan nasyid Sohwah yang dianggotai ahli-ahli PEMBINA telah berjaya melayakkan diri ke peringkat akhir Pertandingan Nasyid Undergorund yang bakal berlangsung di Stadium Melawati pada hari Sabtu ini, 18 Disember bermula jam 8 malam bersama-sama 6 kumpulan finalis lain.

Sohwah dianggotai oleh Hakeem Nor Adzman, Rusman Arief dan Nazmie Razak dari PEMBINA Bangi, Hazri Jameri dari PEMBINA Melaka, Nur Hakim Bahaman dan Azril Hanafi dari PEMBINA Selangor serta Mohd Azmir Md Razali dari PEMBINA Seremban.

PEMBINA mengucapkan selamat berjuang dan semoga berjaya kepada Sohwah. Diharapkan mereka berjaya mencapai kemenangan sekaligus menjadikan medan seni sebagai wadah dakwah yang berkesan kepada golongan belia di Malaysia.

 

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top