PEMBINA juga menyeru kepada gerakan mahasiswa agar dapat membentuk benteng pertahanan prinsip gerakan masing-masing dalam memandu halatuju gerakan mahasiswa Islam. Jangan diberi peluang dan platform kepada orang yang cuba mempromosikan fahaman Islam yang bercanggah dengan prinsip Al-Quran dan As-Sunnah. Golongan yang cuba mempromosikan fahaman Liberalisme, Pluralisme, Sekularisme dan Syiah akan sentiasa mencari lubuk-lubuk dikalangan mahasiswa sesuai dengan semangat yang dimiliki. (Kertas Kerja Ancaman Liberalisme Dalam Gerakan Mahasiswa, Luqman Abd Hamid, Ahli Unit Kajian Dan Informasi PEMBINA Pusat)