Bijak membahagikan masa Rahsia kecemerlangan aktivis PEMBINA

Wartawan: Nurul Iffah Zambari

NILAI, 9 Mac – Mahasiswa perlu bijak mengurus masa antara belajar dan aktviti luar, kata Saudara Ahmad Fikri Bin Zainul Badli yang merupakan penerima anugerah al-Jauzi sempena Malam Aspirasi PEMBINA atas kecemerlangan yang diperolehi dalam semester lepas.

Beliau berkata, “mahasiswa seharusnya jelas akan matlamat hidup dan sedar bahawa setiap dari kita merupakan pemimpin masa depan, jadi seharusnya kita perlu mengurus masa dengan sebaiknya.”

Selain itu, beliau juga turut berkongsi serba sedikit tentang pengalaman sepanjang menyertai PEMBINA.

“Saya mula bergiat aktif dengan PEMBINA setelah tertarik dengan program seminar anjuran Pembina pada suatu masa dahulu yang telah menyedarkan saya bahawa sebagai mahasiswa kita harus lakukan sesuatu bukan hanya makan dan tidur sahaja”.

Beliau yang merupakan salah seorang pelajar Tahun 1 dari Fakulti Sains dan Teknologi jurusan Sains Aktuari di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), juga merupakan aktivitis Pembina di Nilai.

rahsia belajar cemerlang pembina

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top