Perhimpunan Raksasa Belia di PICC




Putrajaya, 15 Mei– Seramai 100 orang ahli PEMBINA bersama- sama meluangkan masa di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) bersempena dengan Majlis Perhimpunan Belia 2010 di sini hari ini. PEMBINA yang di ketua oleh Saudara Zaizul Azizi B. Zaman telah hadir bagi menunjukkan tanda sokongan kepada belia di seluruh negara. Hari Belia ini dilihat mampu mengumpulkan belia kearah melakukan aktiviti yang lebih bermanfaat dan menyumbang kepada kreativiti dan inovasi baru.


Oleh yang demikian, PEMBINA begitu menyokong objektif Hari belia sebagaisalah satu wadah untuk pembaikan golongan muda di negara ini. Kementerian Belia dan Sukan yang dibantu oleh Majlis Belia Malaysia dilihat begitu komited untuk melihat isu belia dengan lebih serius. PEMBINA yang ditubuhkan sebagai salah sebuah pertubuhan bukan kerajaan pula dilihat mampu memberikan sumbangan demi masa hadapan belia Malaysia ke arah yang lebih baik dan menuju kehidupan yang diredhai Allah.Majlis yang dirasmikan oleh Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Tun Razak telah berlangsung sejak semalam dan telah berjaya menarik minat hampir 30 ribu orang belia. Perhimpunan ini akan dijangka akan tamat pada esok hari.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top