PEMBINA Perak di Sambutan Hari Belia Perak

PARIT BUNTAR, 15 Mei – PEMBINA Perak sempat turun padang untuk sama-sama memeriahkan Sambutan Hari Belia Peringkat Negeri Perak yang diadakan di Pinggiran Sungai Kerian, hari ini.

PEMBINA yang diwakili oleh pengerusinya, Ahmad Muslim Ahmad Roslan dan bendahari, Mohd Zulhadi Mohd Isa bersama-sama seluruh warga belia di sini.

Tujuan wakil PEMBINA hadir ke acara ini adalah untuk memperkenalkan PEMBINA kepada ratusan warga belia yang hadir, selain untuk mempromosikan program Seminar Pengurusan Kewangan dan Keusahawanan (SPKK) yang akan berlangsung bulan hadapan.

Sambutan Hari Belia Peringkat Negeri Perak ini berlangsung selama tiga hari bermula pada Jumaat lepas. Selain pameran dan jualan amal, acara pertandingan sukan dan kebudayaan turut diadakan dengan disertai pasukan-pasukan belia dari IPT dan majlis-majlis daerah tempatan dari seluruh Perak.

 

Oleh:
Fakhruddin Afif Fauzi
Wartawan
Media PEMBINA Perak

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top