1) Pembina mengutuk serangan rejim Zionis ke atas tanah umat Islam yang sedang berlaku di Gaza.
2) Rejim Zionis juga sedang meneruskan agenda penjajahan dengan memperluas pembinaan penempatan haram di Tebing Barat.
3) Umat Islam tidak harus tertipu dengan wajah baik Perdana Menteri rejim Zionis yang telah mengucapkan “Ramadhan Kareem” dan “Eid Mubarak” kepada umat Islam. Kita perlu memahami tabiat dan matlamat musuh Islam agar tidak tertipu dengan wajah yang dipaparkan.
4) Pembina mengajak mahasiswa, belia dan seluruh umat Islam untuk melakukan usaha di dalam kemampuan masing-masing seperti memberikan kesedaran terhadap masyarakat di sekeliling.
5) Usaha seperti boikot harus dilakukan secara istiqamah, tanpa terpedaya dengan iklan yang memaparkan wajah umat Islam atau sumbangan moreh atau minuman selepas solat Jumaat.
6) Pembebasan Palestin harus diperjuang secara konsisten dan istiqamah serta diwariskan kepada generasi seterusnya.
Eqwan Roslan
Presiden
Persatuan Belia Islam Nasional
Pembina