Aktivis PEMBINA KL raih kemenangan beraksi di pentas

Aktivis PEMBINA KL raih kemenangan beraksi di pentas

KUALA LUMPUR, 27 Mac – “Bagi saya, penglibatan ini cukup untuk membuktikan kesungguhan pemuda yang cukup luar biasa dan menginspirasikan kerana pada masa yang sama mereka semua bergerak aktif dalam organisasi dakwah PEMBINA di universiti masing-masing,” ujar Pengerusi Cawangan PEMBINA Kuala Lumpur, Ghazali Ya’id.

Beliau mengulas kejayaan saudara Amirul Eqhwan, Naib Yang Dipertua PEMBINA Universiti Malaya yang telah meraih johan dalam pertandingan Pidato Piala Bestari 2016 anjuran Kelab Orator Kolej Kediaman Keempat di Universiti Malaya. Pemenang diumumkan ketika sesi penyampaian hadiah oleh pengetua kolej, Dr Jal Zabdi. Saudara Amirul Eqhwan juga merupakan peserta Siri Bicara Daei anjuran PEMBINA.

Di samping itu, beliau turut memuji pengelibatan peserta lain iaitu Siti Suraya binti Harun, Nor Hidayah binti Isnin dan Nur Aisyah binti Rojulan daripada UM ke dalam pertandingan ini.

Sebelum ini juga, bulan yang lepas, saudara Amin Mubarak juga Johan dalam pertandingan debat Bahasa Arab Ala Parlimen dan saudara Huzaifah Johan Hafazan kategori juz 1-15 semasa Pertandingan Amal Islami Kebangsaan. Kedua-dua mereka ini merupakan aktivis PEMBINA di Asasi UIA PJ.

Ujar saudara Eqhwan, “Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat ilahi atas kemenangan pingat johan Pidato Piala Bestari 2016 dengan tema ‘Keamanan Dunia’.

Terima kasih yang tidak terhingga diucapkan kepada Saudara Hazwan Mohamad selaku mentor dalam pengucapan awam Bicara Da’ie.”

Saudara Hazwan Mohamad, selaku mentor dalam dunia pengucapan awam Bicara Daie anjuran PEMBINA atas tunjuk ajar dan sokongan yang diberikan.

“Kalah itu pasti, dan kemenangan itu satu bonus. Namun, jika kemenangan itu mampu jadi asbab dalam mengarusperdanakan dakwah dan tarbiyah kita, maka kemenangan itu harus menjadi milik kita,” ujar saudara Hazwan.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top