Pastikan keharmonian negara dikekalkan – Zafry

SHAH ALAM 5 November – Presiden Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA) menyeru keharmonian mestilah dikekalkan untuk memastikan negara terus bersatu dalam memacu kejayaan. 

“Kita telah hidup berbilang kaum dan agama selama puluhan tahun dengan harmoni dan kepimpinan negara berjaya mentadbir negara dengan penuh keharmonian” jelas Norzafry.

Tambah beliau lagi,”Apa yang saya harapkan rakyat Malaysia menghormati sistem dan budaya sedia ada tanpa membuat pelbagai tuntutan perubahan yang tidak bermanfaat dan hanya mengundang perbalahan”

Beliau yang ditemu ramah rentetan demonstrasi membantah program Seksualiti Merdeka yang dianjurkan oleh beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) menggalakkan seks bebas dan sejenis mendapat reaksi pelbagai pihak.

Norzafry menjelaskan bahawa Islam mengajar bahawa seandainya perubahan itu membawa lebih mudarat daripada manfaat, maka perubahan itu harus dielakkan.

Beliau juga turut ditanya samada terdapat gerakan yang tersusun dalam agenda liberalisasi Malaysia berpendapat,”Saya tidak menuduh sesiapa dengan semberono namun dalam konteks global sememangnya perkara ini berlaku”

 “Usaha untuk liberalisasi pemikiran umat dan menjauhkan umat Islam dari ajaran asal memang jelas berlaku” ujar beliau.

 Jika benar gerakan secara tersusun ini wujud di Malaysia, beliau cukup kesal dan sama sekali tidak bersetuju.

 

MediaPEMBINA

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top