Mahasiswa Malaysia bersama rakyat Mesir

Tindakan pasukan Keselamatan Dalam Negeri Mesir, yang terdiri daripada pihak tentera dan polis, membunuh rakyat jelata yang berhimpun secara aman di Medan Rabiatul Adawiyah, Nahdhah serta beberapa lokasi lain di bumi Mesir amat tidak berperikemanusiaan dan melampaui batas. Tarikh 14 Ogos 2013 menyaksikan rakyat Mesir yang berhimpun secara aman telah mengalami proses pembantaian atau penyembelihan secara hidup-hidup oleh pihak kerajaan haram kudeta Mesir.

Berdasarkan laporan pelbagai bentuk kekejaman selain daripada pembunuhan rakyat juga berlaku seperti hospital dan masjid dibakar, bantuan kecemasan disekat serta bekalan tenaga elektrik diputuskan dengan sengaja.

Mengimbau kembali kronologi peristiwa, tragedi bermula selepas setahun pemerintahan Dr. Muhamad Morsi, calon daripada parti Freedom and Justice Party (FJP) yang dilantik sebagai Presiden Mesir ke-5 setelah memenangi plilihanraya secara sah. Telah digulingkan dari jawatan tersebut melalui rampasan kuasa oleh pihak tentera yang di ketuai Menteri Pertahanan Jeneral Abdul Fattah El-Sisi.

Tindakan ini diambil setelah berlaku demonstrasi oleh segelintir pihak yg memprotes kelemahan kerajaan di bawah pemerintahan Dr. Muhamad Morsi dan menuntut beliau meletakkan jawatan.

Rakyat Mesir mempunyai pemahaman yang jelas serta mahu syariat Islam ditegakkan, sebagaimana yang telah berjaya ditunjukkan melalui pemerintahan Dr. Mohamed Morsi selama setahun. Antaranya pembukaan pintu sempadan Rafah untuk memudahkan proses menghulurkan bantuan kepada Palestin, pembangunan semula sektor ekonomi rakyat dan banyak lagi.

Justeru itu, mereka sanggup turun berhimpun, tanpa mengira usia, parti, pangkat dan profesion untuk menyatakan sokongan terhadap Dr. Mohamed Morsi selaku presiden Mesir yang dilantik memegang mandat rakyat melalui system demokrasi yang sah.

Justeru itu, saya menyeru kepada semua mahasiswa dan mahasiswi agar dapat bersama-sama menghulurkan bantuan mengikut kemampuan masing-masing seperti membaca Qunut Nazilah, mengadakan Solat Hajat untuk memohon keselamatan saudara-saudari kita di Mesir atau menyebarkan maklumat-maklumat terkini tentang apa yang berlaku di Mesir agar lebih ramai belia cakna tentang isu ini.

Ayuh sama-sama kita memanjatkan doa memohon pertolongan daripada Allah SWT kerana hanya kepada-Nya lah tempat sebaik-baik memohon pertolongan!

Muhammad Amirul Hanan bin Abdul Razak
Presiden,
Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA)
MMU Cyberjaya.

Foto : http://www.flickr.com/photos/mosaaberising

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top