Kisah sehebat Sang Murabbi buat Penggerak Dakwah PEMBINA

Kisah sehebat Sang Murabbi buat Penggerak Dakwah PEMBINA

Saya tak tahu nak mula menulis dari mana. Kisah seorang senior pengerak dakwah hebat zaman saya belajar di Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) sekitar tahun 2010-2014.

Kisah ni, saya nak kongsi dengan anda semua sebab pergorbanan dia punya la, Ya Rabbi, tinggi sampai saya pun tak sanggup nak hadapi. Bila teringat tu rasa sebak dalam hati ni sebab dia seorang yang berjiwa besar. Seorang pejuang. Semoga qudwah pengorbanan seperti ini terus mengalir melalui cerita ini.

Alkisahnya bermula, seorang mahasiwa nama terpaksa dirahsiakan yang juga merupakan seorang suami kepada muslimat seorang penggerak dakwah juga. Mereka berdua orang semenanjung. Jauh dari keluarga. Mereka dah ada anak yang masih kecil ketika ini. Nak dijadikan kisah pada satu hari tu si abang senior ni dipertanggungjawabkan untuk bawa usrah pelajar medik UNIMAS, masa ni medik UNIMAS masih di LOT 77, Kuching Sarawak. Jadi, dia terpaksa memandu dari Kota Samarahan ke Kuching dalam 30 minit.

Masa dia tengah bagi pengisian usrah tu, dia muntah. Tapi keluar air kosong. Tak de makanan kelihatan dalam muntah tu. Adik-adik usrah dia yang dia bawa punyalah risau. Ye la, abang usrah yang selama ini bawa mereka “sakit“. Atas “kepakaran” adik-adik usrah ni sebab mereka kebanyakan medik tahun 3 atau tahun4, mereka mengesyaki sesuatu yang tak kena dengan abang usrah mereka ni.

Mereka “serang” abang usrah ini bertubi-tubi dengan soalan. Di akhir soal siasat acah-acah polis tu, kebenaran mula terungkap.

Rupa-rupanya, abang usrah tersebut tak makan nasi dah lama sebab tak de makanan kat rumah sebab tak de duit. Maklumlah belajar, urus keluarga dan paling hebat buat dakwah. Semua ini perlukan duit. Mereka suami isteri utamakan anak-anak dan dakwah lebih dari diri mereka sendiri.Duit terakhir yang ada pada mereka hanyalah RM5 digunakan untuk mengisi minyak kereta SEHALA ke Kuching untuk si abang usrah menghadiri usrah bersama adik-adik usrah medik ini. Lebih pelik lagi sepatutnya perjalanan pergi dan balik dari Kota Samarahan-Kuching-Kota Samarahan, sepatutnya perlukan duit RM10. Kiranya pergi tak balik la ke Kota Samarahan. Yang saya rasa kagum ni, si isteri beritahu suami “abang guna la duit RM5 ni untuk buat dakwah“. Walaupun mereka berdua tahu mereka tidak punya apa-apa selain Allah dan Rasul.

Sebak lak saya nak tulis semua ni untuk tatapan pengerak dakwah alam kampus seperti kita. Sejujurnya, pengorbanan kita yang ada ini belum cukup hebat berbanding generasi terdahulu. Teruskan melangkah kerana kita inginkan syurga yang kekal abadi.

Untuk melakukan dakwah ini, dua-dua perlu berkorban. Murabbi dan Mutarabbi perlu berkorban untuk memastikan kelangsungan dakwah terjadi.

Malah ukhwah perlulah terjadi secara dua hala. Antara murabbi dan mutarabbi. Semestinya tak menjadi seandainya perasaan ukhwah itu hanyalah berlaku di sebelah pihak. Dalam kes ini, apabila adik-adik usrah medik tahu abang usrah mereka dah lama tak makan nasi, mereka bawa abang usrah makan kat kafeteria. Pada mulanya abang usrah ni hanya minta satu bungkus je nak makan kat rumah. Tapi adik-adik usrah ni, paksa juga makan. Tengah makan tu, baru abang usrah beritahu isteri abang usrah pun tak makan lagi kat rumah. Patut la abang usrah ni, nak ambil nasi bungkus je sebab balik nanti nak makan kongsi dengan isteri tersayang. Apa lagi mereka terus siap tempah lagi satu nasi bungkus untuk isteri abang usrah mereka. Oh ye, mereka juga ada bagi sedikit wang untuk abang usrah ini isi minyak balik ke Kota Samarahan.

Kisah ini saya rahsia nama mereka yang terlibat supaya keikhlasan mereka berkorban pada masa itu dibalas Allah. Sejujurnya, saya harap kita makin kuat bekerja untuk dakwah ini kerana masa di alam universiti sangat la singkat. Hargailah pengorbanan generasi awal kerana tanpa pengorbanan mereka itu, kita takkan rasa kemanisan tarbiyah ini. Hargai mereka bukan dengan Wang Ringgit tetapi dengan secara serius melakukan dakwah.

Ayuh lekas ke syurga

Wan Mohd Amir B Wan Mohamad Zaharuddin
Pengerusi Cawangan PEMBINA Dungun

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top