Kelulusan Bahasa Melayu Sahaja adalah Tidak Memadai

  1. Laporan berita berkenaan kenyataan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang akan meminta penjelasan hari Rabu ini daripada Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kesihatan berkenaan isu kelonggaran syarat lulus Bahasa Melayu SPM bagi lantikan kontrak pegawai perubatan sektor awam adalah dirujuk.
  2. Pembina melihat hal ini dalam konteks pemeliharaan kedaulatan identiti tanah air, membina perpaduan antara kaum dan kestabilan negara dalam jangka masa panjang.
  3. Kelulusan dalam subjek Bahasa Melayu sahaja dalam SPM adalah tidak memadai kerana wujud kelompongan pemahaman berkenaan sejarah tanah air dan Perlembagaan Persekutuan dan ini dipelajari dalam subjek Sejarah.
  4. Kelompongan dalam hal ini menyebabkan pergeseran antara kaum yang berpanjangan serta mengganggu fokus pembangunan negara. Ia melemahkan kedaulatan identiti tanah air.
  5. Kerajaan perlu mempertegas perlaksanaan Pekeliling Lembaga Peperiksaan Bil. 3 tahun 2011 yang menyatakan Sejarah sebagai Mata Pelajaran Wajib Lulus SPM bermula tahun 2013 di samping syarat lulus enam mata pelajaran sebagai syarat umum perkhidmatan awam.
  6. Pembina berpandangan kerajaan perlu berada di hadapan dalam mempertahan dasar-dasar yang membina perpaduan dan mempertahan kedaulatan identiti tanah air.
  7. Perancangan strategik dan operasi haruslah dibuat dalam kerangka tidak berkrompomi dalam hal ini. Sebagai contoh, dalam menyelesaikan isu kekurangan atau lambakan graduan, melonggarkan syarat berkaitan SPM bukanlah pilihan.
  8. Pendirian yang tidak tegas dalam hal ini bakal menimbulkan masalah jangka masa panjang bagi negara. Memetik laporan berita, Professor Datuk Teo Kok Seong berkata tindakan JPA boleh menyebabkan kementerian lain turut sama meminta kelonggaran dan akhirnya nilai Bahasa Melayu akan terus dipandang rendah. Dr. Lim Swee Tin mempertegas pendirian tersebut dengan kenyataan beliau. Prof. Datuk Dr. Ramlah Adam menyifatkan tindakan kelonggaran tersebut mencemuh Bahasa Melayu.
  9. Pembina ingin mengingatkan belia lepasan perubatan yang merungut tentang syarat kelayakan ini, tanggungjawab kepada negara bukan sahaja berkhidmat dan mencari rezeki tetapi membangunkan perpaduan serta mempertahan kedaulatan identiti tanah air.

 

Eqwan Roslan
Presiden
Persatuan Belia Islam Nasional

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top