AYER KEROH, 3 Disember – Persatuan Belia Islam Nasional Cawangan Melaka (PEMBINA MELAKA) berjaya mengumpulkan lebih 400 orang belia menerusi Karnival Sukan Belia Melaka 2011 atau ringkasnya KASBEM 2011.
Penyertaan yang menggalakkan dari IPT-IPT sekitar Melaka seperti UTeM, MMU, UiTM Bandar dan Lendu serta beberapa IPT lain sekitar Melaka malah ada juga penyertaan dari Kolej PTPL Seremban, Inti Kolej Nilai dan juga UiTM Segamat.
Program bermula pada jam 8.30 pagi dan berkahir pada jam 5.30 petang. Encik Amru Iskandar Burhan selaku wakil Pengerusi PEMBINA Melaka telah merasmikan pentupan KASBEM 2011 serta menyampaikan hadiah kepada pemenang. Rata-rata peserta berpuas hati dan berharap ia dapat di anjurkan lagi pada tahun hadapan.
Pihak penganjur mengucapkan terima kasih kepada kepada belia-belia yang menyertai KASBEM 2011 dan juga Jabatan Belia dan Sukan negeri Melaka yang membantu penganjuran program ini.
Belia Aktif, Negara Produktif!