Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA) menyeru ummat Islam untuk terus mempertahankan kalimah Allah daripada disalah gunakan terutamanya daripada golongan tertentu. Isu kalimah Allah mula dibangkitkan semula apabila Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng membuat tuntutan kepada kerajaan supaya membenarkan penggunaan kalimah Allah bagi menggantikan istilah ‘God’ dalam Bible versi Bahasa Malaysia ketika ucapan beliau sempena sambutan tahun baru Krismas.
Tuntutan tersebut merupakan suatu tuntutan yang biadap dan berniat jahat terutamanya dalam suasana Malaysia yang majoritinya adalah Melayu Islam. PEMBINA mempertikaikan motif sebenar dan agenda tersembunyi disebalik tuntutan tersebut memandangkan DAP secara konsisten menentang segala bentuk penegakkan syariat di Malaysia termasuklah isu hudud, negara Islam dan pengasingan salon diantara berlainan jantina.
Tuntutan tersebut juga adalah penyalahgunaan kalimah Allah yang jelas dan nyata kerana perkataan ‘God’ dalam Bible tidak merujuk kepada Allah sahaja bahkan God dalam Bible boleh merujuk juga kepada Nabi Isa dan ‘Holy Spirit’. Jadi persoalannya, jika mereka dibenarkan untuk menggunakan kalimah Allah, tuhan yang mana satu yang mereka akan rujuk dan bagaimanakah kita ummat Islam boleh memastikan ia tidak disalah gunakan?
Presiden PEMBINA, Ibrahim Mohd Hasan juga turut kecewa dengan pendirian pakatan terutamanya PAS yang telah mengambil pendirian untuk terus membenarkan penggunaan kalimah Allah dikalangan bukan Islam. PAS yang selama ini diharapkan untuk memperjuangkan Islam dan mempertahankan aqidah ummat Islam terpaksa bersetuju dengan rakan pakatan mereka dalam isu ini. “Pertama pakatan hanya menjawab secara umum iaitu penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam dan tidak melihat kepada isu sebenar iaitu penggunaan kalimah Allah dalam Bible secara spesifik. Keduanya isu penyalahgunaan kalimah adalah suatu yang terlalu subjektif kerana tiada parameter yang jelas atau tanda aras sehingga ia boleh dikategorikan sebagai salahguna. Keduanya adakah PAS bersedia untuk mewujudkan satu badan pemantau khusus yang akan memantau penggunaan kalimah Allah supaya ia tidak disalahgunakan oleh bukan Islam?”. Ujar beliau juga, kerajaan melalui badan agamanya iaitu JAKIM perlu memantau isu ini secara dekat supaya ia tidak mengelirukan umat Islam.
PEMBINA menyeru kepada semua umat Islam supaya berpegang teguh kepada fatwa yang telah dikeluarkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan pada 7 Mei 2008 yang melarang kalimah Allah digunakan oleh bukan Islam bagi mengelak sebarang penyelewengan dan salahguna demi menjaga kepentingan dan aqidah orang Islam. Semua pihak juga perlu mengelakkan daripada mempolitikkan isu ini terutamanya parti-parti politik yang ingin meraih undi. Hal ini demi menjaga keharmonian dalam kalangan rakyat Malaysia. Kerajaan juga perlu memainkan peranan yang lebih tegas untuk menutup terus isu ini daripada dibangkitkan semula oleh pihak yang tidak bertanggungjawab dalam penyalahgunaan kalimah Allah.
Ibrahim Mohd Hasan,
Presiden PEMBINA.
saudara admin y dimuliakn Allah mmg kite xnafikan bhw ape y anda ckp i2 adlh bnar..sblm sy bwakn penjelasn tuan guru haji hadi ttg isu penggunaan kalimah Allah sy j ingin mnjelaskn ttg maksud kalimah Allah mnurut pndngan ulama’ bhasa..prktaan Allah brasal dri gabungn huruf alif n lam dgn prktaan ilah(ال اله) y mmbwa mksud ketuhanan y stu… mnurut TGHH org bukn islam boleh mnggunakn kalimah Allah dlm agma mrk sja namun jika mrk bwa keluar dri agma mrk mka ianya tdk boleh sma skali…dn mrk juga sma skali tidk boleh menyamakn kalimah Allah y ingin mrk gunakan sma dgn Allah umat islam…. krn Allah i2 sma skali tdk sma spt ape y mrk dakwakn…TGHH juga brhujah dgn ayt al-qur’an surah al-Luqman ayt 25
“Dan sesungguhnya jika kamu tanyakan kepada mereka: “Siapakah yang menciptakan langit dan bumi?” Tentu mereka akan menjawab: “Allah.” Katakanlah : “Segala puji bagi Allah”; tetapi kebanyakan mereka tidak mengetahui.
ayt ni mnnjukkn boleh sekiranya kalimah Allah dgunakn oleh org kuffar…tp mrk sma skali tdk boleh mnyamakn Allah y dipercayai dn diyakini o umat islam Tuhan Y Mha Esa sma dgn Allah pd anggapn diorg..