15 September 2012, Klang- Hampir 400 orang peserta dalam kalangan mahasiswa seluruh Malaysia telah memenuhi Kompleks Rakan Muda, Klang seawal 4 petang pada sejak semalam. Mahasiswa-mahasiwa yang bersemangat ini telah hadir daripada pelbagai universiti. Antaranya adalah Universiti Malaya (UM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Sains Malaysia (USM), Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Universiti Malaysia Pahang (UMP), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Universiti Utara Malaysia (UUM), Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Universiti Teknologi MARA (UiTM), Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM), Monash University Sunway Campus, Kolej Universiti Teknologi Islam (UNITI), Institut Perguruan Bahasa Melayu Malaysia (IPBM), Institut Perguruan, Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan , Universiti Multimedia (MMU), Monash University, lain-lain lagi pengajian tinggi.
Tentatif para peserta HIMMAH bermula dengan Pembentangan Pengenalan “PEMBINA: Meneraju Arus Mahasiswa” oleh Dr. Kamil Azmi Tohiran, Mantan Presiden PEMBINA. Slot ‘Ice breaking’ ternyata telah berjaya memecahkan ‘ais’ di kalangan peserta kerana mereka telah dibahagikan kepada kumpulan-kumpulan dari berbeza universiti. Tambah menarik, semua kumpulan diamanahkan untuk mengumpul duit Riyal PEMBINA sebanyak mungkin. Signifikan duit tersebut adalah sebagai usaha para peserta dalam mengumpul duit untuk memberi sumbangan kepada rakyat Palestin.
HIMMAH dirasmikan oleh Ustaz Abdullah Zaik Abd Rahman. Beliau mengingatkan kepada para peserta akan hakikat pertembungan pada masa kini adalah pertembungan ideologi (fikrah) sebelum pertembungan-pertembungan lain. Kata beliau lagi, pada masa kini, ramai gerakan Islamis yang mencampur adukkan antara fikrah Islam dan ideologi-ideologi lain. Seharusnya tidak wujud tiada istilah Islam sosialis, Islam liberalis, Islam demokrasi dan Islam kebajikan. ISLAM adalah Islam dan tak bisa dicampur adukkan dengan ideologi lain.
HIMMAH diteruskan dengan persembahan lagu Sujud Merdeka oleh gabungan Fetya, Sohwah, Rabitah, dan Ar-Ra’du. Lagu Sujud Merdeka merupakan lagu tema bagi program HIMMAH. Program disusuli dengan bacaan ikrar oleh para peserta.
Bismillah Ar-Rahman Ar-Rahim Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani, Kami! Peserta Himpunan Mahasiwa 2012 berikrar, Akan menjunjung tinggi adab-adab Islam sepanjang program berlangsung, Menjaga dan mementingkan ikatan ukhuwah Islamiyah, Memberi kerjasama yang utuh, Melibatkan diri secara aktif Seterusnya mempamerkan kualiti mahasiswa yang cemerlang, Serta mematuhi semua peraturan program yang telah ditetapkan. Kami! Peserta Himpunan Mahasiswa 2012, Dengan lafaz suci “Lailahaillallah, Muhammadurrasulullah” Akan berusaha sedaya upaya untuk membina jati diri Yang menjulang tinggi cita-cita Islami mengakar akidah teguh di hati Siap siaga sentiasa, Memimpin belia agenda bersama Dengan jiwa dengan maruah, Kami serahkan demi Agama! Meneraju Arus Mahasiswa! Ameen.Jom lawati FB Rasmi PEMBINA, untuk berita dan gambar-gambar sepanjang HIMMAH
@ Liputan dari Kompleks Rakan Muda oleh Media HIMMAH.