Bersatu Selamatkan Gaza!

Pada 24 Januari yang lalu, Persatuan Penduduk Bangi dengan kerjasama Aman Palestin dan barisan NGO, kesatuan pekerja dan syarikat telah melancarkan Kempen Selamatkan Gaza peringkat Bandar Baru Bangi. Pelancaran telah diadakan di Kompleks Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor, Bandar Baru Bangi.

Majlis di isi dengan ucapan wakil Persatuan Penduduk Bangi, ADUN Bangi. Y.B. Dr. Shafie Abu Bakar,persembahan nasyid daripada kumpulan Brothers dan pidato Palestin oleh Perunding Aman Palestin, Prof. Madya Dr. Zainur Rashid bin Zainuddin. Pidato yang menceritakan tentang penyembelihan umat Islam di Gaza ini ringkas tetapi padat dengan maklumat dan memukau para hadirin.Program ini dijadualkan berlangsung selama 2 minggu, bermula 24 Januari lalu hingga 7 Februari kelak.Dalam tempoh ini, penganjur mensasarkan kutipan berjumlah RM100,000.00. Alhamdulillah, semasa majlis pelancaran sahaja, sudah lebih RM 51,000.00 berjaya dikumpul daripada pelbagai organisasi dan persatuan.

Sebagai salah satu usaha untuk memenuhi objektif penubuhannya, PEMBINA telah tampil menyediakan tenaga kerja yang merancang dan menggerakkan pameran utama di ruang legar kompleks membeli belah PKNS Bandar Baru Bangi ini. Pameran ini diadakan dengan kerjasama erat Aman Palestin.Turun dibuka adalah booth jualan bersama Aman Palestin dan PEMBINA.

Harapan kami agar peluang ini dapat digunakan untuk mendedahkan kepada seramai mungkin ahli masyarakat dengan maklumat-maklumat perihal Palestin dan isu-isu sekitarnya.

Selain maklumat tuntas dan padat, pameran kali ini juga menampilkan set karikatur daripada pelukis berbakat dari seluruh dunia yang mengkisahkan isu Palestin ini dalam bentuk lukisan-lukisan kreatif yang mengandung makna yang mendalam.Ia menjadi salah satu unsur tarikan baru di dalam pameran berkaitan Palestin.

Beberapa aktiviti lain juga insya-Allah akan dilaksanakan sepanjang tempoh pameran berlangsung.

Pada 7 Februari nanti insya-Allah akan diadakan rapat umum dan majlis penutup Kempen Selamatkan Gaza di Stadium Seksyen 15, Bandar Baru Bangi. Majlis di rangka bermula jam 8 hingga 11 malam.

PEMBINA menyeru ahli dan masyarakat untuk bersama-sama turun menzahirkan sokongan anda kepada perjuangan pembebasan Palestin dan mengutuk keganasan Israel. Biarlah media barat yang dikuasai Yahudi-Zionis ini terus menyiarkan berita-berita palsu dan berat sebelah, bagi pihak kita, ruang-ruang seperti ini perlu dimanfaatkan bagi membuktikan bahawa dakyah mereka hanya berjaya mempengaruhi orang-orang buta mata hati. Kita masih punya platform untuk menunjukkan kesatuan kita. Bersatu pada isu yang dianak tirikan oleh kebanyakan pemimpin-pemimpin dunia Islam pada hari ini!

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top