PEMBINA UNMC membantah page UNMC LGBT community

LGBT iaitu singkatan kepada Lesbian, Gay, Bisexual dan Transgender merupakan satu terma yang digunakan merujuk kepada beberapa individu manusia yang cenderung untuk melakukan orientasi seks songsang melampau yang menjatuhkan nilai kemanusian. Menurut Islam, perkara ini dianggap sebagai kemungkaran yang jelas melanggar prinsip seorang muslim.

Kekeliruan masyarakat sekarang adalah apabila kita menanggapi isu ini hanya sebagai isu kemanusiaan, isu hak asasi, walhal isu ini adalah isu akidah. Saya katakan isu akidah adalah kerana terlalu ramainya umat islam, lelaki dan perempuan, di Malaysia yang sudah mula cenderung untuk melakukan LGBT, atau setidaknya menyokong dan tidak membantah kemungkaran ini.

Ada pula pihak yang beralasan bahawa kemungkaran ini adalah perbuatan individu, tidak selayaknya seorang muslim yang lain menegur, memaksa pandangan mereka kepada orang lain. Ini adalah pendirian yang salah bersamaan pendirian barat yang menggariskan bahawa agama hanya isu peribadi semata lantas tidak boleh diganggu oleh org lain. Islam adalah premis agama individu, masyarakat dan negara. Apa-apa yang berlaku dalam salah satu tahap ini perlu /wajib dipandu sistem islam.

“Kamu adalah sebaik-baik umat diutuskan kepada manusia, kamu menyuruh dengan kebaikan dan melarang daripada kemungkaran, serta kamu beriman dengan Allah” Surah Ali Imran; 110.

Jadi sebelum kita mula bercakap tentang hak asasi, lebih elok sekiranya awal-awal kita gariskan dahulu apa sebenarnya yang dimaksudnya dengan hak, dan apa sebenarnya hak sebagai manusia. Jika mereka bercakap tentang ‘hak asasi manusia’, maka lebih tepat untuk kita katakan bahawa perjuangan hak asasi manusia yang sebenar adalah untuk mengembalikan mereka kepada fitrah seorang lelaki /perempuan.

Kita lihat pula bagaimana Islam menangani masalah hak asasi, di mana dalam islam itu sendiri telah menjamin hak asasi manusia. Kebebasan yg didatangkan oleh islam adalah yang memperjuangkan kebebasan hak-hak sebenar, yg tidak membawa kepada kemungkaran. Kebebasan tidak boleh sehingga tahap bebas melakukan benda-benda kufur dan melanggar prinsip islam.

Semua pihak khususnya generasi mahasiswa dan generasi muda perlu bebas dan tidak boleh walaupun sekadar reda (berlepas diri) terhadap kemungkaran ini. Ini bertepatan dengan pendapat Ustaz Qardhawi “tidak boleh sama sekali berdiam diri terhadap kemungkaran, jika sekiranya tersebar, wajib hukumnya untuk kita melakukan perubahan walaupun dengan kekuatan sekalipun. Tidak dibenarkan kita duduk sekali dengan pihak mereka, tidak boleh menyatakan sokongan kepada mereka..”

homo

Islam sifatnya lurus. Hak dan batil sama sekali tidak boleh bercampur aduk. Benda mungkar, secara terus terang kita katakan salah. Kita tidak reda dan tidak berpihak kepada mereka. Semoga kita semua dilindungi dari bala Allah.

PEMBINA UNMC membantah page “UNMC LGBT community” kerana menggalakkan perlakuan songsang dalam kalangan mahasiswa. Pihak UNMC perlu mengambil tindakan terhadap perkara ini. Kewujudan page ini bermaksud perlakuan songsang ini sudah diterima.

Sekiranya tidak dibendung, perkara ini akan tersebar dan memberi kesan negatif kepada pelajar khususnya pelajar tempatan. Hal ini bukan sahaja bercanggah dgn ajaran Islam malah boleh menjejaskan aqidah seseorang.

Oleh: Hanis Fozi, Aktivis PEMBINA UNMC

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top