8 Mei 2010. 3 wakil PEMBINA Bangi telah menghadiri satu wacana ilmiah anjuran Angkatan Belia Islam Malaysia di Kolej Dar-Al-Hikmah, Kajang, Selangor pagi tadi. Wacana mengupas usul Mendepani Arus Perubahan Zaman : Cabaran, Persiapan dan Bagaimana Anak Muda Harus Beraksi! Tujuan program ini diadakan ialah untuk mengukuhkan pemkiran kritis secara ilmiah dan santai terhadap isu-isu semasa yang memerlukan anak muda beraksi di pelbagai lapangan sektor masyarakat secara konsisten dan menyeluruh. Dua orang ahli panel berkaliber telah diundang untuk menyempurnakan agenda ini.
Mereka ialah:
1. YB Nik Nazmi Nik Ahmad
Setiausaha Politik, Menteri Besar Selangor merangkap ADUN SERI SETIA
2. Dr. Asyraf Wajdi Dusuki
Head of Research Affairs,
International Shariah Research Academy for Islamic Finance (ISRA)
Diskusi semi-formal yang berlangsung hampir 2 jam itu menyentuh beberapa isu yang berkait dengan anak-anak muda seperti survival gerakan mahasiswa dari kacamata Islam, peranan teknologi dalam menggarap massa serta beberapa senario politik semasa. Dalam sesi ramah mesra usai wacana menarik itu, wakil PEMBINA berkesempatan bertemu dengan Presiden ABIM Pusat, Encik Muhammad Razak Idris. Beliau menunjukkan minat untuk membina jaringan dan kerjasama dengan PEMBINA dalam menggerakkan program-program belia Islam di masa hadapan.
Dari kiri: Dr. Asyraf, YB. Nik Nazmi, saudara Moderator.