BANGI 29 Mei – Menurut Norzafry Norhalim, Presiden Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA), badan dakwah di sekolah perlu memiliki agenda yang kuat dan jelas.
Beliau yang berucap di Islamia Youth Forum, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Bangi menegaskan bahawa ini adalah agenda paling utama demi mendokong agenda sekolah dalam misi membentuk peribadi muslim.
Pembinaan insan-insan yang berkualiti dan mampu menerajui negara sebenarnya bermula dari alam persekolahan lagi dan proses ini perlu disusun dengan teliti, ujar beliau lagi.
Program anjuran Andalus Islamic Media ini menghimpunkan wakil-wakil badan dakwah dari sekolah berasrama seluruh negara seperti Maktab Rendah Sains Mara, Sekolah Berasrama Penuh dan sebagainya.
Media PEMBINA