Apakah Tujuan Penciptaan Kita?

Kullun muyassarun lima khuliqa lahu…

Begitulah bunyi sebuah hadith rasulullah yang dikongsi oleh ustaz fauzi, sambil sembang2 beberapa hari lepas. Hadith ni membuat saya termenung panjang.

Maksud hadith yg ringkas ni ialah, setiap orang dipermudahkan untuk apa tujuan dia diciptakan. Maksudnya setiap orang itu unik dan memiliki kelebihan dan kekurangan sendiri dan dengan kelebihan dan kekurangan itu menjadi kan dia mudah untuk memainkan peranannya yg tersendiri dalam hidupnya. Akhirnya setiap orang akan dipertanggungjawabkan atas apa yg dia lakukan, adakah dia telah menggunakan segala kelebihannya dengan cara yg terbaik dan bagaimana pula sikapnya terhadap kelemahannya.

Analisa sifat sahabat dan ulamak

Ustaz mengulas hadith ni dengan bercerita tentang peribadi beberapa orang sahabat dan ulamak. Abu hurairah misalnya merupakan satu karakter yg cukup simple dan lurus. Beliau tidak mampu memahami kebanyakan hadith, namun kelebihannya ialah dia kuat ingatan. Lalu peranan besar yang beliau mainkan adalah menghafal segala apa yang didengar drpd Rasulullah dan disampaikan kepada sahabat yang lain. Jadilah dia antara sahabat yang paling banyak meriwayatkan hadith sebagaimana yg kita selalu jumpa dalam kitab2 hadith yang masyhur.

Karakter seperti abdurrahman bin auf pula seorang yg pandai berniaga. Beliau yang berhijrah dengan sehelai sepinggang mampu menjadi antara sahabat yg paling kaya di madinah. Infaq hartanya tidak putus2 setiap kali diperlukan, namun ketika matinya masih meninggalkan harta yang banyak untuk warisnya dan juga diwasiatkan kepada semua ahli badar yg masih hidup ketika itu. Murahnya rezeki abd rahman diumpamakan dengan kata2 seperti, “kalau abd rahman pegang batu, maka batu akan jadi emas” atau kata yang lain “seandainya aku balikkan sebuah batu, maka akan kujumpai emas”.

Kalau kita baca lagi kisah sahabat dan tabiin, maka kita akan jumpa karakter yg pelbagai dikalangan generasi mereka. Semuanya melakukan ketaatan kepada allah dalam kapasiti masing2. Amat tidak adil kalaulah kita menilai kemuliaan itu berdasarkan ibadah tertentu, atau karakter tertentu atau kerjaya tertentu.

Kata imam malik apabila dikritik kerana terlalu banyak menghabiskan masa menulis kitab; “aku tidak memandang solat sunat yang engkau lakukan lebih mulia drpd apa yg aku lakukan. Sesungguhnya ibadah itu kurniaan allah seumpama rezeki. Setiap orang ada bahagiannya masing2″

Apa yang penting ialah keikhlasan dan kesungguhan melaksanakan ubudiyyah terhadap allah dalam bentuk yg pelbagai itu.

Di kalangan ulamak juga ada karakter yg pelbagai. Imam malik seorang yg amat tawadhuk, hidup dikalangan para tabiin di madinah. Karakter itu sesuai menjadikan beliau dpt mempelajari banyak ilmu, dan menjadi ulamak yang disegani di madinah pada waktu itu. Beliaulah antara orang pertama menulis kitab hadith.

Imam abu hanifah pula seorang yang ligat dan agresif. Beliau ulama yang juga seorang peniaga. Karakter itu sesuai untuk menjadi ulamak yg disegani di iraq, bumi yg penuh cubaan dan tipudaya yang mengumpulkan manusia drpd beberapa tamadun terdahulu. Imam abu hanifah tidak menulis kitab, pengajaran drpd imam abu hanifah terkumpul dalam kitab karangan dua orang muridnya.

Persoalan saya terhadap diri sendiri, apa tujuan saya diciptakan? Peranan apa yang perlu saya ambil dlm hidup ini. A question of self-discovery…

http://zaizulazizi.wordpress.com/

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top