Ambiga tidak berhak campur urusan hal ehwal Islam

uzair-pembina

BANGI, 14 Jan – Tindakan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) meminta gadis bertudung terlibat dalam insiden dipeluk artis K-Pop hadir untuk memberi keterangan adalah suatu kewajaran yang tidak perlu dipertikaikan.

Naib Presiden I Persatuan Belia Islam Malaysia (PEMBINA), Muhammad Uzair Izzat Amir Muhammad berkata, tampil secara sukarela bermaksud JAWI ingin mengetahui sendiri adakah perbuatan mereka itu dilakukan secara sedar atau pun terikut-ikut atas kegilaan mereka kepada artis K-POP.

“Dengan hadir secara sukarela kepada JAWI juga membolehkan JAWI memberi sesi kaunseling mahupun nasihat.

“Malah sesi itu juga boleh menjadi platform gadis bertudung itu memohon maaf atas kesalahan mereka,” katanya ketika dihubungi wartawan ISMAweb.

Mengulas kenyataan Datuk S Ambiga yang menganggap JAWI bertindak keterlaluan kerana mengancam untuk menangkap gadis-gadis berkenaan, Uzair berkata waran tangkap hanyalah prosedur biasa kepada mana-mana agensi penguatkuasaan kerajaan untuk memastikan pesalah memberi kerjasama.

“Isu waran tangkap seharusnya tidak timbul jika gadis bertudung tersebut memberi kerjasama kepada JAWI.

“Yang lebih penting, Ambiga tiada hak untuk masuk campur atas urusan agama umat Islam.

 “Dalam Islam, kita ada Amar Ma’ruf dan Nahi Mungkar.

“Urusan ini melibatkan Nahi Mungkar (mencegah kemungkaran) dan Ambiga tiada hak untuk masuk campur,” tegasnya.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top