Adil

“Hai Orang-orang yang beriman, hendaklah
kamu menjadi orang-orang yang selalu menegakkan kebenaran
Kerana Allah, menjadi saksi dengan adil. Dan janganlah kebencianmu terhadap satu kaum, mendorong kamu untuk berlaku tidak adil.
Berlaku adillah, kerana adil itu lebih dekat kepada taqwa.
Dan Bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah
Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan”
( Al-Maidah : 8 )

 

Setelah jatuhnya negeri Samarkand kepangkuan Islam melalui Panglima Qutaibah bin Muslim, para rahib Samarkand yang tidak berpuas hati, melalui seorang utusan, mengadu kepada Amirul Mu’minin, Khalifah Umar bin Abdul Aziz. Alasannya, panglima perang tanpa memberikan pilihan dan dakwah telah menyerang dan menakluk mereka. Utusan diterima oleh Khalifah dan dituliskan surat kepada Gabenor Samarkand agar mengadakan pengadilan untuk menyelesaikan masalah ini.

Para rahib Samarkand ketika mengetahui isi surat Khalifah itu langsung merasa takut, fajar harapan akan sirna. Mereka mengharapkan Raja yang adil itu telah memutuskan segalanya dan membela mereka. Ternyata yang ada hanyalah sebuah pengadilan. Apakah ertinya sebuah pengadilan kalau ianya dijalankan oleh pihak kuat dan dalam masa yang sama pihak terdakwa menjadi hakim. Masih adakah keadilan, adakah harapan untuk menang?

judge_hammer

Akhirnya sampai ke hari pengadilan. Semua pihak  telah bersiap sedia. Duduk bersila dan duduk di tengah adalah Qadi Jani bin Hadlir al Baji, yang dipilih oleh Gabenor. Kecut hati para rahib memandangkan Qadi yang kurus, bermuka pucat dan berserban lusuh, tidak ada harapan untuk menang apabila melihat Qadi yang nampak lemah menjadi pilihan Gabenor, pihak terdakwa. Gabenor dan Ketua Rahib dipanggil untuk menghadap di hadapan Qadi.

“Apa yang anda ingin adukan?”, tanya Qadi pada Ketu Rahib dengan suara tegas. “Sesungguhnya panglima Qutaibah telah memasuki negeri kami, menaklukinya tanpa memberikan pilhan atau dakwah terlebih dahulu pada kami”. Qadi menoleh kepada gabenor seraya bertanya, “Bagaimana tanggapan anda? Apakah terlebih dahulu anda tawarkan 3 pilihan; masuk Islam, bayar jizyah atau perang?”.

“Tidak”, jawab gabenor. “Kalau begitu anda telah mengaku”, kata Qadi. Sesungguhnya Allah hanyalah memberikan kemenangan kepada umat ini jika mereka mengikuti Allah dan RasulNya dan menjauhi pengkhianatan terhadap sesiapapun. Demi Allah kita keluar dari rumah masing-masing hanyalah dengan satu tujuan: Jihad Fisabilillah. Kita tidak keluar untuk menguasai dunia dengan cara yang bathil.

Maka aku putuskan: kaum Muslimin harus meninggalkan negeri ini, setelah itu baru ajak mereka kepada Islam, kalau mereka menolak, mereka harus membayar jiziyah dan keamanan mereka dijamin, kalau masih tetap menolak maka akan diisytiharkan perang”.

1

Para rahib Samarkand seperti tidak percaya bagaikan seperti mimpi apabila mendengar keputusan Qadi kurus yang berwibawa. Mereka di dalam kehairanan dan takjub apabila bunyi terompet mengiringi pasukan kaum muslimin yang meninggalkan negeri mereka. Mereka membayangkan dunia mereka yang sempit, papa, penuh kelicikan dan kecurangan. Sedangkan dunia Islam luas, subur, semarak, indah dengan keadilan, kemuliaan dan ketaatan kepada hukum Allah. Apa yang bisa dibanggakan daripada dunia mereka yang gelap dan mencengkam? Keraguan menusuk kalbu para rahib Samarkand.

“Bagaimana pendapat anda semua kalau pasukan kaum Muslimin kembali lagi?”, tanya Ketua Rahib kepada penduduk. Tanpa menunggu pertanyaan diulangi mereka segera menjawab, “Kami akan masuk Islam yang agung dan penuh keadilan”. Mereka menghalang pemergian pasukan Kaum Muslimin dan berharap agar kaum Muslimin membantu mereka untuk membangunkan negeri Samarkand dan meneranginya dengan cahaya Islam.  Sungguh keadilan Islam telah menyinari hati mereka.

Terletak di Negara Uzbekistan

Inilah deen yang lurus, ditegakkan dengan nilai Langit yang luhur dan tegak untuk nilai itu. Kemenangan dan kekuasaan bukanlah tujuan. Sabilillah adalah jalan untuk menegakkan nilai bukan untuk menegakkan pengaruh dan kekuasaan. Maka melanggar keadilan, melanggar aturan Allah dan RasulNya untuk menegakkan Islam samalah ertinya dengan membangunkan masjid dari duit judi; tidak dipandang manusia apagi oleh Allah yang Maha Mengetahui setiap amalan manusia.

Keadilan… Inilah ciri akhlak islami yang menerangi hati dan menyelematkannya dari kesempitan dan ketakutan. Yang mesti dilakukan meskipun kepada kaum yang kita benci. Berlaku adil bukanlah kerana ia ditujukan kepada orang yang kita suka, untuk sesama Muslim, tetapi kerana ia sebuah nilai hidup yang mesti dipraktiskan baik terhadap kawan ataupun lawan. Suatu nilai islami yang Allah turunkan sebagai pedoman hidup kaum muslimin. Justeru cahaya adil memancar terang manakala orang yang kita benci sekalipun menerima keadilan daripada kita.

Inilah Islam… Deen Allah yang mengagumkan

Hasbunallah wa Ni’mal Wakil…

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top