40 Remaja Melaka Tengah Sumbang Tenaga di Pertubuhan Kebajikan Anak-anak Harapan

Sumbangan barangan keperluan harian.

 

KRUBONG, 26 April- Seramai kira-kira 40 orang belia menjadi sukarelawan dalam program bakti anjuran Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA) cawangan Melaka Tengah. Program sehari itu diadakan di rumah dua tingkat Pertubuhan Kebajikan Anak-anak Harapan yang bertempat di Krubong, Durian Tunggal Melaka.
Para sukarelawan dibahagikan kepada beberapa kumpulan untuk kerja-kerja seperti mengemas, bertukang dan mengecat mural dinding.

Selain daripada itu turut diadakan aktiviti sukaneka dan menghias dinding bilik penghuni dengan kraftangan DIY.
Semua barangan yang digunakan untuk pertukangan dan perhiasan, makanan sepanjang program dan sumbangan perabot serta kelengkapan seharian buat penghuni adalah hasil kutipan dana daripada orang ramai yang hanya berlangsung sepanjang lebih kurang seminggu sahaja. Kira-kira lebih dua ribu ringgit Malaysia berjaya dikutip.

Sebaik program tamat, para sukarelawan dan pengasas pertubuhan berasa teruja dengan hasil kerja tangan berpuluh belia yang sanggup mengorbankan masa berehat hujung minggu demi menebar bakti pada golongan yang memerlukan.

Semoga program sebegini dapat memupuk kemahiran insaniah (soft skills) dalam diri pelajar universiti masa kini terutamanya. Bukan hanya hidup seperti robot menyelesaikan urusan diri sendiri yang rutin, tapi gunakan peluang yang ada untuk berjasa pada masyarakat.

Misi ini umpama merealisasikan impian Saidina Umar al-Khattab yang mendambakan pemuda seperti Muaz bin Jabal, Abu Ubaidah ibn al-Jarrah dan Salim hamba Huzaifah terus hidup meneruskan generasi dari zaman ke zaman. Impian pasti terlaksana!

Bagi belia yang berminat untuk sertai PEMBINA Melaka Tengah, boleh hubungi saudara Farhan (0134163821) dan saudari Farhana (01137182246).

Oleh: Nur Farhana binti Zali

 

Para peserta bersama penghuni rumah

 

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top