Dalam musim “panas” ni semua tak kena. Angin Monson Timur Laut yang berlaku sekitar November hingga Mac setiap tahun turut membawa musim tengkujuh di negeri-negeri pantai timur Malaysia dan Barat Sarawak turut dirasakan masih belum cukup “menyejukkan”.
Kenapa? Sekitar Disember Hingga Januari inilah juga kebanyakkan Universiti di Malaysia akan mengadakan peperiksaan akhir semester satu. Bagi mahasiswa dan mahasiswi akan bertungkus lumus untuk mengulangkaji “Pecutan Akhir” bagi memastikan Senarai Dekan atau setidak-tidaknya “4.0 Flat” dalam tangan.
Atas kesempatan ini. Penulis ingin berkongsi mengenai SIMPLE tips sebagai penuntut di universiti.
Ya tipsnya cuma ingat SIMPLE.
Solat.
Jagalah solat anda walau sesibuk mana pun anda. Pernah penulis melihat kawan-kawan penulis mengulangkaji pengajaran saat-saat akhir depan pintu dewan peperiksaan bermula jam 12pm hingga panggilan masuk dewan peperiksaan jam 1.50pm (peperiksaan jam 2pm) tanpa solat zohor. Bayangkan peperiksaan 3 jam, dari jam 2pm-5pm menghadapi peperiksaan bila masa diorang solat. Oh ye. Penulis maksudkan kawan lelaki bukan perempuan dan masa azan zohor sekitar jam 1pm tu penulis ada hugs mengajak diorang “Jom gi solat” tapi diorang jawab “Kau gi dulu, nanti kitorang follow”. Balik dari solat, diorang sibuk sangat.
Istiqamah
Ok la. Istiqamah ni bermaksud konsisten atau cekal. Benda ni tak leh capai kalau ulangkaji saat akhir. Perlu ada mujahadah yang tinggi bagi memastikan kekuatan untuk melakukan ulangkaji secara berterusan tanpa bosan tercapai. Biar sikit katakan 30minit ulangkaji selepas subuh sehingga menjadi rutin harian adalah yang terbaik. Seperti hadis Nabi Muhammad SAW:
“Daripada Aisyah r.ha., Nabi Muhammad SAW bersabda: “Wahai manusia lakukanlah amalan mengikut keupayaan kamu. Sesungguhnya Allah tidak jemu sehinggalah kamu jemu. Amalan yang paling Allah sukai ialah amalan yang berterusan walaupun sedikit.” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Mula Sekarang
Jangan tangguh. Nak mula buat semester depan la. JANGAN. Mula sekarang jangan bertangguh. masa yang kita ada sekarang adalah milik kita. Esok belum tentu kita ada masa yang sama. Percayalah tak pernah terlewat untuk mula sekarang. Seperti hadis Nabi Muhammad SAW:
“ Sekiranya berlaku kiamat sedangkan di tangan salah seorang kamu ada benih tamar dan dia berupaya menanamnya sebelum kiamat. Maka hendaklah dia menanamnya, dengan itu dia mendapat pahala.” (HR: Al-Bukhari)
Plan
Rancanglah. Setiap perkara perlu dirancang dalam hidup ini. Cari masa yang sesuai dengan diri masing-masing. Seandainya masa tersebut jam 4pagi. Maka pastikan bangun dari untuk ulangkaji. Rancang sebaik mungkin masa yang ada, kerana kejayaan Budak Dekan macam sahabat baik saya Dr Azlan dan anda adalah pada pengurusan masa kerana masa yang Allah beri kepada kita tetap sama banyak iaitu 24 Jam sehari.
Lihat sekeliling.
Ni benda mudah. Tapi tak ramai yang ambil cakna. Maksud penulis kat sini. Ambil berat isu umat bukan sekadar isu Palestin, Syria, atau isu umat Islam di Myanmar. Tapi juga isu setempat. Jiran tetangga. Sahabat sebilik. Kematian di kariah masjid kita. Penulis tak cakap tentang persekitaran di kampung halaman tau. Tapi di kejiranan alam kampus atau rumah sewa anda berhampiran kampus. Tak ramai mahasiswa terutamanya, ambil kesempatan untuk libatkan diri dengan program masyarakat di kejiranan rumah sewa contohnya gotong royong membersihkan masjid kariah anda. Penulis pernah mendapat tawaran perniagaan kereta sewa dari jiran penulis sendiri masa belajar dulu. Ni pun sebab berkenalan dengan beliau di masjid. Kiranya dia bagi kepercayaan untuk uruskan kereta dia untuk dijadikan kereta sewa. Apa lagi, kereta percuma kot. Hehehe.
Evaluate
Muhasabah. Semak balik. Setiap perjalanan hidup kita, perlu sentiasa disemak kembali sejauh mana pencapaian yang kita telah dicapai. Untuk pastikan kita berada di jalan yang betul dan tepat. Jangan syok sendiri hingga menjadikan kita gagal. Hujung nanti baru tersedar, maka masa tu baru la nak menyesal. Nasi dah jadi bubur, telan je la pahit tawarnya nanti. Seandainya setiap tindakan kita, kita ambil pendekatan muhasabah macam ni, Insya-Allah, penulis yakin kita takkan tersasar.
Sebagai kesimpulan, tips ini hanya berguna untuk orang yang serius nakkan perubahan dalam hidupnya. Jadi nak berubah secara serius dan sepenuhnya perlukan sahabat yang inginkan matlamat yang sama. Penulis telah memilih untuk bersama-sama sahabat hebat di dalam Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA) kerana ingin mencari redha Allah dalam kehidupan ini. Apa tindakan anda? Nak bersama kami? Jom daftar segera dengan cawangan kami yang berhampiran dengan anda.
Wan Mohd Amir B Wan Mohamad Zaharuddin
Pengerusi Cawangan PEMBINA Dungun