Siri Sejarah Gerakan Mahasiswa : Sejarah Komunis

Percubaan menyebarkan fahaman komunis di peringkat golongan terdidik, intelektual dan mahasiswa. Perkara yang ingin dihighlight disini adalah Format gerakan awal yang memesongkan perjuangan nasionalis Islamist menjadi nasionalis komunis sehingga berakhir dengan komunis radikal dimana metodnya revolusi dan perjuangan bersenjata.

Hakikatnya, Pada awal gerakan komunis adalah agak sukar bagi fahaman Marxist komunist ini mendapat sambutan masyarakat melayu Islam. Berbeza pula bagi masyarakat cina, ianya mendapat sambutan yang meluas. Hal ini demikian kerana fahaman tersebut adalah sememangnya fahaman yang didokong oleh Mao Tse Dong, (jawatan).Namun begitu, Tidak dinafikan gerakan penyebaran fahaman komunis ini bermula cepat dan agresif. Pada mac 1923, di Selangor telah ditubuhkan sebuah sekolah malam bernama “Phing Man”. Sebuah sekolah menyebarkan propaganda kebangsaan Cina serta komunis. Mereka mempunyai tenaga pengajar yang dilatih di Russia iaitu Han Kuo Hsiang yang memberi kuliah tentang politik di sekolah malam tersebut. Selain itu, tugas beliau juga adalah untuk memujuk penuntut-penuntut yang menuntut di MPSI dan MCKK memasuki Kuomintang sebagai langkah pertama untuk menjadi ahli Persatuan Sosialis dan seterusnya menjadi ahli Parti Komunis Malaya (PKM).

Menjelang beberapa tahun kemudian kaedah seperti ini digunakan seluas mungkin bermula 1926, sebuah badan pertubuhan eksekutif Komunis yang dikenali sebagai “sekolah utama” menguruskan pengurusan di seluruh tanah melayu. Fungsinya adalah menggerakkan ahlinya mengembara dari satu tempat ke satu tempat untuk memberi ceramah, mengajar dan menguruskan hal-hal yang berkaitan dengan pendirian pertubuhan-pertubuhan komunis yang menggunakan sekolah malam sebgai pusat kegiatan politik mereka.

 

Ditulis oleh : Muhammad Aiman Faudzi, JK Informasi dan Kajian, PEMBINA Pusat

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top