Sesi kunjungan hormat PEMBINA Melaka bersama Timbalan Naib Canselor UTeM,

10 Jun 2014- Sesi kunjungan hormat bersama Timbalan Naib Canselor Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM), Prof. Madya Dr. Izaidin bin Abdul Majid dan Pengawai Hal Ehwal Pelajar (HEPA) yang bertempat di pejabat HEPA UTeM.

Sesi kunjungan daripada PersatuanBelia Islam Nasional (PEMBINA) cawangan Melaka ini telah diwakili oleh tujuh (7) orang wakil daripada PEMBINA yang turut disertai oleh Pengerusi PEMBINA cawangan Melaka sendiri, iaitu Encik Nurul Aizam bin Zaini.

Sesi kunjungan hormat ini diisi dengan penerangan dan pencerahan berkenaan identiti PEMBINA, ringkasan aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan oleh PEMBINA sepanjang tahun yang sudah, dan lain-lain perkara berkait.

Timbalan Naib Canselor UTeM menyambut baik usaha-usaha yang telah dilakukan oleh PEMBINA terutamanya berkaitan program Jelajah Arus Siswa (JELAS), yang merupakan salah satu ‘niche’ PEMBINA dalam memberi pendedahan yang lebih khusus terhadap ancaman-ancaman terhadap mahasiswa dan mahasiswi pada masakini.

pembina melaka & tnc utm

Menurut beliau “Mahasiswa hari ini kurang sensitive dan tidak cakna mengenai isu-isu semasa terutamanya isu-isu umat Islam mutakhir ini.”

Usai sesi kunjungan ini PEMBINA mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak Timbalan Naib Canselor kerana sudi menerima kunjungan kami dan menghasilkan satu perbincangan yang sangat positif kearah melestari dan membumikan akhlak mulia dalam kalangan para mahasiswa UTeM khususnya.

PEMBINA juga bersedia untuk bekerjasama dengan pihak UTeM pada masa akan datang bagi terus memakmurkan program-program yang berinspirasikan kepada pembangunan dan perkembangan umat Islam.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top