Setiap manusia mempunyai bakat dan potensi tersendiri yang mampu menjadi asset dan kelebihan bagi individu tersebut. Bagi sesetengah individu, amat mudah untuk mengenal pasti dan menyerlahkan bakat potensi yang ada dalam diri mereka. Bagi sesetengah pula, potensi itu perlu dicungkil, dipaksa dan diusahakan untuk memastikan potensi tersebut dihasilkan.
Namun jika potensi ini tidak diasah atau ditonjolkan maka ia akan terus terpendam selama-lamanya. Setiap manusia mempunyai potensi berbeza-beza. Namun sekiranya potensi ini dibiarkan terpendam dan tidak digilap maka alangkah ruginya. Seperti emas tulen, jika ia terus berada dalam bumi maka apa nilaiannya berbanding emas yang telah dilebur, dibentuk dan ditempa menjadi jongkong emas atau barang hiasan. Perbezaan yang amat ketara, nilaiannya dan juga manfaatnya kepada manusia.
Persoalannya, apakah salah membiarkan emas itu terperosok dalam bumi selama-lamaya? Tidak, tapi ianya tidak akan bermanfaat pada manusia sampai bila-bila. Begitu juga dengan potensi yang ada pada dalam diri kita jika dibiarkan terus terpendam maka ia tak akan bermanfaat pada manusia. Bukankah Rasulullah s.a.w mengajar kita untuk menjadi orang yang PALING BERMANFAAT bagi manusia?
خير الناس أنفعهم للناس
[colored_box color=”eg. blue, green, grey, red, yellow”]
Sebaik-baik manusia adalah yang paling bermanfaat bagi orang lain (HR. Ahmad, Thabrani, Daruqutni. Dishahihkan Al Albani dalam As-Silsilah As-Shahihah)
[/colored_box]
Jadi, persoalannya adalah KEMAHUAN untuk menyerlahkan potensi tersebut. Samada anda MAHU atau MALU? Ia terpulang kepada diri kita kerana ia tidak akan menjadi jika dipaksakan. Di mana ada kemahuan di situ ada jalan. Oleh itu, kesedaran dalam diri masing beserta kemahuan adalah amat KRITIKAL dan PENTING bagi memastikan potensi boleh diserlahkan. KEMAHUAN ini yang akan memaju tindakan kita untuk memastikan potensi ini berjaya digilap.
Antara faktor yang menyebabkan kita tidak ada KEMAHUAN ialah kerana terlalu yakin dan selesa berada dalam ‘zon selesa’ yang dicipta oleh diri sendiri. Kita perlu keluar dari zon selesa ini, berani mencuba perkara yang baru, keluar daripada rutin biasa, mencabar kemampuan diri dengan meletakkan indikasi yang tinggi untuk dicapai. Semua ini tak mampu dicapai jika masih berada di takuk lama, “Ok dah ni. Cukup la aku macam ni je.”
PEMBINA sentiasa menggalakkan dan menyediakan platform untuk ahli menyerlahkan potensi diri. Baik dari pengurusan organisasi, kepimpinan, kesukarelawanan, fasilitator dan bakat kesenian. Seharusnya ahli mengambil peluang ini untuk menyerlahkan bakat masing-masing sebaik mungkin demi kebaikan ummat Islam.